kebangsaan anthem Indonesia | |
Juga dikenali sebagai | Indonesia Raja → (ejaan lama) |
---|---|
Lirik | Wage Rudolf Supratman, 1924 Jawatankuasa Lagu Kebangsaan (diketuai oleh Sukarno), 1944 |
Muzik | Wage Rudolf Supratman, 1924 |
Diguna pakai | 17 Ogos 1945 (asal) 17 Ogos 1950 (rasmi) |
Sampel audio | |
'"Indonesia Raya"'
(Rendisi simfoni oleh Jozef Cleber)
|
Indonesia Raya ialah lagu kebangsaan Indonesia yang dicipta pada tahun 1924 dan diperdengarkan buat pertama kali pada tahun 1928 di hadapan para peserta Sumpah Pemuda.
Dasar penjajah Belanda pada masa itu ialah atau "memisah dan memerintah". Ia merupakan sebuah dasar yang sengaja membesarkan perbezaan bahasa, suku kaum dan agama di antara rakyat Hindia Belanda Timur (Indonesia).[1][2][3] Lagu Indonesia Raya menandakan kelahiran pergerakan nasionalisme di negara tersebut.
Skor muzik lagu ini digubah Wage Rudolf dengan Tangga Nada C (natural) dan dengan catatan Djangan Terlaloe Tjepat, sedangkan pada sumber lain telah ditulis oleh WR Supratman pada Tangga Nada G (sesuai kemampuan umum orang menyanyi pada rentang a - e) dan dengan irama Marcia, Jos Cleber (1950) menuliskan dengan irama Maestoso con bravura (kecepatan metronome 104).[4] Soepratman turut jelas menuliskan "lagu kebangsaan" di bawah judul skor muzik ini.
Pada 28 Oktober 1928, Kongres Pemuda Kedua diadakan di Jakarta di mana, para pemuda seluruh Hindia Belanda pelbagai suku kaum, bahasa dan agama bersumpah untuk mendirikan:
Satu tanahair, iaitu Indonesia
Satu bangsa, iaitu bangsa Indonesia
Satu bahasa yang menyatukan, iaitu bahasa Indonesia
Wage mula memainkan lagu ini dengan biolanya di hadapan para peserta ini. Setelah pemerintah kolonial Hindia Belanda mendapat khabar mengenai karya ini, pihak tersebut segera melarang penyebutan lagu kebangsaan bagi Indonesia Raya. Meskipun demikian, para pemuda tidak gentar malah menyanyikan lagu itu dengan sedikit modifikasi: mengucapkan "Mulia, Mulia!" (bukan "Merdeka, Merdeka!") pada korus. Akan tetapi, tetap saja mereka menganggap lagu itu sebagai lagu kebangsaan.[5]
Lagu yang diperkenalkan ini menjadi amat popular dan dinyanyikan di setiap perjumpaan partai-partai politik di pelosok Hindia-Belanda. Naskhah skor muzik lagu ini turut disebarluaskan dalam akhbar (atau "koran") Sin Po pada edisi bulan November 1928. Rakaman pertamanya dimiliki oleh seorang pengusaha bernama Yo Kim Tjan.
Setelah Indonesia merdeka, lagu itu ditetapkan sebagai lagu kebangsaan perlambang persatuan bangsa se-Indonesia.
Secara musikal, lagu ini telah dimuliakan — justeru — oleh seorang konduktor Belanda bernama Jozef "Jos" Cleber. Setelah Jos menerima permintaan Kepala Studio RRI Jakarta, Jusuf Ronodipuro, pada tahun 1950, Jos pun menyusun susunan (atau "aransemen") baru yang disempurnakan dengan masukan dari Presiden Soekarno.
Rakaman asli dari Jos Cleber dan Jakarta Philharmonic Orchestra tahun 1950 ditemui pada tanggal 1 Januari 1992 dalam simpanan RRI Jakarta. Rakaman ini dipulihkan semula secara digital di Australia pada 1997. Malah, suatu versi baharu lagu ini digubah ulang berdasarkan skor Jos dan dimainkan Victoria Philharmonic Orchestra pimpinan Addie Muljadi Sumaatmadja. Suatu versi lain lagu ini dikarang Addie sendiri bersama orkestra persendirian beliau Twilite Orchestra yang terbit dalam suatu album oleh Simfoni Negeriku berdurasi selama 1 minit 47 saat (atau "detik").[4]
Lirik asli (1928)[sunting | sunting sumber]INDONESIA RAJA[5] I* Indonesia, tanah airkoe, II Indonesia, tanah jang moelia, III Indonesia, tanah jang soetji, Refrain (Korus) Indones', Indones', |
Lirik rasmi (1958)[sunting | sunting sumber]INDONESIA RAJA[6] I* Indonesia tanah airku, II Indonesia, tanah jang mulia, III Indonesia, tanah jang sutji, Refrain Indonesia Raja, |
Lirik moden (ber-Ejaan Disempurnakan)[sunting | sunting sumber]INDONESIA RAYA[7] I* Indonesia tanah airku, II Indonesia, tanah yang mulia, III Indonesia, tanah yang suci, Refrain Indonesia Raya, |
* rangkap yang wajib dinyanyikan di upacara-upacara rasmi selain korus lagu.
Remy Sylado, seorang budayawan dan seniman senior Indonesia mengusulkan bahawa lagu Indonesia Raya merupakan jiplakan dari sebuah lagu yang diciptakan sekitar 1600-an berjudul Lekka Lekka Pinda Pinda.; teori ini ada diulang beliau beberapa kali di acara Festival Film Indonesia 2006 yang kontroversial serta dalam suatu wawancara untuk akhbar Kompas pada 22 Disember 1991.
Kaye A. Solapung, seorang pengamat musik, menanggap tulisan Remy hanya sekadar mengulang tuduhan Amir Pasaribu pada tahun 1950-an. Kaye juga mengatakan dengan mengutip Amir Pasaribu bahwa dalam literatur musik, ada lagu Lekka Lekka Pinda Pinda di Belanda, begitu pula Boola-Boola di Amerika Syarikat. Solapung kemudian membedah lagu-lagu itu; menurutnya, lagu Boola-boola dan Lekka Lekka tidak sama persis dengan Indonesia Raya, dengan hanya delapan ketuk yang sama. Begitu juga dengan penggunaan Chord yang jelas berbeda sehingga dapat disimpulkan bahawa Indonesia Raya tidak menjiplak.[8]
Pada 28 Disember 2020, sebuah video di YouTube yang disyaki mengejek lagu kebangsaan dengan sebuah parodi telah dikenal pasti dan dilaporkan oleh kedutaan Indonesia di Malaysia,[9] video tersebut menimbulkan reaksi balas terhadap Malaysia kerana netizen Indonesia mengesyaki pelakunya di belakangnya berasal dari Malaysia.[10]Namun setelah dilakukan siasatan bersama oleh Polis Diraja Malaysia dan Kepolisian Negara Republik Indonesia, pelakunya didedahkan sebagai orang Indonesia yang berpura-pura sebagai rakyat Malaysia, dengan motif untuk mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.[11] Tiga orang Indonesia ditangkap dan didakwa kerana video parodi, dengan dua daripadanya di bawah umur (11 dan 16 tahun).[12][13]
Lagu kebangsaan Asia | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kebangsaan |
| ||||||||||||||
Negara dengan pengiktirafan terhad |
| ||||||||||||||
Negeri/Wilayah |
| ||||||||||||||
Dalam buang/ dipertikaikan |
| ||||||||||||||
Pertubuhan | |||||||||||||||
Bekas entiti |
|