Hikikomori (ひきこもり atau 引き籠もり atau 引き篭もり, Hikikomori, secara literal; "menarik diri, terkunci", bahasa Inggeris: acute social withdrawal) merupakan istilah Jepun yang merujuk kepada fenomena dikalangan individu-individu menyendiri yang telah memilih untuk menjauhkan diri mereka daripada kehidupan sosial, seringkali menyesuaikan diri dengan tahap pengasingan diri yang ekstrem disebabkan oleh pelbagai faktor peribadi dan sosial dalam dan luar hidup mereka. Istilah hikikomori merujuk kepada fenomena psikologi dalam erti kata generik dan juga kepada para individu yang terlibat dalam golongan ini.

Istilah

[sunting | sunting sumber]

Meskipun terdapat beberapa versi di mana hikikomori mungkin keluar daripada rumah,[1] Kementerian Kesihatan, Buruh Dan Kebajikan Jepun merangka maksud sebenar hikikomori sebagai para individu yang tidak ingin meninggalkan rumah ibu bapa mereka, serta mengasingkan diri mereka daripada masyarakat dalam kediaman mereka dalam suatu jangka masa melebihi enam bulan.[2] Meskipun keberatan fenomena ini berbeza dari individu ke individu lain, sesetengah remaja mengasingkan diri mereka buat beberapa tahun, atau dalam kes yang lebih jarang berlaku, buat beberapa dekad. Selalunya, hikikomori bermula sebagai sejenis kelakuan enggan pergi ke sekolah (bahasa Inggeris: school refusal) atau dalam istilah bahasa Jepunnya, tōkōkyohi (登校拒否).

[sunting | sunting sumber]
Bahagian trivia adalah tidak digalakkan di bawah garis panduan Wikipedia.Rencana ini boleh diperbaiki dengan menyatukan bahan relevan dan membuang bahan yang kurang sesuai.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-05. Dicapai pada 2008-08-16.
  2. ^ Itou, Junichirou. 2003. Shakaiteki Hikikomori Wo Meguru Tiiki Seisin Hoken Katudou No Guide-line (Garis panduan membabitkan Aktiviti Mental dikalangan Masyarakat untuk Hikikomori)." Tokyo: Kementerian Kesihatan, Buruh Dan Kebajikan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]