Profesor Emeritus Dato' Dr.

Hashim Bin Yaacob
Kelahiran
Hashim Yaacob

(1949-05-12) 12 Mei 1949 (umur 74)
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanInstitut Teknologi MARA, Otago University, London University, International Islamic University Malaysia, Royal College of Surgeons England, Royal College of Physicians and Surgeons Glasgow, Royal College of Pathologists UK, Royal College of Pathologists of Australasia.
PekerjaanNaib Canselor Universiti Malaya (2003-2006), Universiti Kuala Lumpur Malaysia (2003-2006), University College of Nursing Petaling Jaya Malaysia (2008-2011), Kuala Lumpur Metropolitan University College (2011-2013), Quest International University Perak Malaysia (2013-2015), Meritus University Malaysia, Kuala Lumpur, (2015). Kapten Tentera Laut DiRaja Malaysia (B), Penyair, Pelukis, Dalang wayang kulit.

Profesor Emeritus Dato' Dr. Hashim Yaacob (lahir pada 1949) merupakan Naib Canselor Universiti Malaya ke-8 dari 31 Mac 2003 hingga 31 Mac 2006 menggantikan Profesor Datuk Dr. Anuar Zaini Md. Zin yang akan tamat tempoh perkhidmatannya 31 Mac 2003. Beliau diganti oleh Datuk Rafiah Salim sebagai Naib Canselor Universiti Malaya ke-9 mulai 1 Mei 2006. [[Fail:|upright|thumb|Hashim Yaacob]]

Kehidupan Awal

Hashim Bin Yaacob dilahirkan satu tahun sebelum penubuhan [1]Persekutuan Tanah Melayu. Beliau dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan dan mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Tanah Merah, lalu melanjutkan pelajarannya di Sekolah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan. Beliau mendapat lima distinction daripada enam mata pelajaran yang wajib diambil dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) di sekolah bukan berasrama (Sultan Yahya Petra Secondary School Kuala Krai) pada tahun 1965 dan merupakan salah seorang pelajar LCE terbaik di zamannya. Di sekolah yang sama, beliau memperolehi gred satu dengan agregat yang amat cemerlang dalam peperiksaan Oversea Senior Cambridge/Malaysia Certicate of Education pada tahun 1967 dan melanjutkan pelajaran tingkatan enam di [2]Institut Teknologi Mara Petaling Jaya.

Kerjaya

Beliau telah dilantik menjadi Naib Canselor kepada 5 buah universiti antara tahun 2003 dan 2015, iaitu Meritus University Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 2015, Quest International University, Perak sekitar tahun 2013-2015, Kuala Lumpur Metropolitan University College pada tahun 2011-2013, International University College of Nursing, Petaling Jaya pada tahun 2008-2011, dan University of Malaya, Kuala Lumpur, sekitar tahun 2003-2006.

Sebelum daripada itu, beliau pernah memegang jawatan berikut:

Sebagai Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya pada tahun 1997, beliau telah berjaya untuk mendapatkan pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian keluaran Universiti Malaya oleh [7]The General Dental Council of United Kingdom, iaitu badan yang berwajib di United Kingdom dalam memastikan kualiti dan pengamalan doktor pergigian di UK berada pada tahap yang diperlukan. Pada waktu itu, Universiti Malaya adalah satu-satunya universiti di Asia yang diberikan pengiktirafan sebegitu. Sepanjang memegang jawatan Dekan Fakulti Pergigian, beliau berjaya membawa bagi pertama kalinya peperiksaan Primary dan Final Fellowship Examination of the Royal College of Surgeons of England (Primary FDSRCSEng) ke Malaysia. Ini merupakan kelayakan kepakaran dalam kedoktoran pergigian yang diiktiraf oleh United Kingdom, dan negara-negara [8]Commonwealth dan kelayakan Pasca Ijazah seperti Master of Dental Science (MDSc), Master of Dental Surgery (MDS), Master of Clinical Dentistry (MClinDent), Master of Community Dentistry (MComDent), Master of Orthodontics (MOrth), and PhD.

Beliau telah menubuhkan satu jurnal akademik pada julang kalinya untuk Fakulti Pergigian yang diberi nama Annals of Dentistry. Sebagai dekan dan naib canselor, beliau telah menandatangani lebih kurang 30 Memorandum Persefahaman (MoU) dengan universiti-universiti terkemuka termasuk Cambridge, Oxford Centre of Islamic Studies (UK), Tokyo Medical, Dental University Carnegie Mellon, Frankfurt, dan Beijing.

Pengiktirafan dan Anugerah

Profesor Hashim adalah seorang profesional dalam bidang Patologi mulut dan perubatan mulut yang disegani sejagat dalam bidangnya. Beliau juga adalah seorang saintis yang banyak menjalankan penyelidikan dan menerbitkan artikel saintifik dalam jurnal-jurnal antarabangsa. Beliau telah menerbitkan sebanyak 107 artikel saintifik dalam jurnal terkemuka dan membentangkan 162 penemuan penyelidikan pada persidangan kebangsaan dan antarabangsa. Sebahagian daripada penyelidikan beliau telah menghasilkan paten dan juga memenangi 21 pingat (6 emas, 10 perak, 4 gangsa dan 1 anugerah).

Lima penerbitan yang terpilih adalah seperti berikut :

Hasil daripada kerja-kerja penyelidikan dan penerbitan saintifiknya itu, bersama dengan kepakaran klinikalnya,  beliau telah dianugerahkan dengan beberapa Fellowship daripada institusi-institusi ternama seperti berikut:

  1. FRCPath (Fellow of The Royal College of Pathologists, UK) – Awarded by the [13]Royal College of Pathologists UK, 2013;
  2. FASc. (Fellow of The Academy of Science of Malaysia) – Awarded by [14]The Academy of Science of Malaysia, 2000;
  3. CBiol (Charted Biologist), MIBiol (Member of the Institute of Biology) – Awarded by [15]The Institute of Biology, United Kingdom 1996;
  4. FFOP(RCPA) (Foundation Fellow of the Faculty of Oral Pathology of The Royal College of Pathologists of Australasia) – Awarded by The [16]Royal College of Pathologists of Australasia 1996;
  5. FDSRCS Eng Ad Eundem (Fellow in Dental Surgery of the Royal College of Surgeons of England) – Awarded by The Royal College of Surgeons of England, United Kingdom 1995

Sebelum daripada itu, beliau telah memperolehi ijazah dalam bidang kedoktoran gigi melalui peperiksaan seperti berikut:

Beliau mendapat penghargaan daripada beberapa pertubuhan antaranya Persatuan Doktor-Doktor Pergigian Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Persatuan Pergigian Islam Malaysia. Penghargaan yang dianugerahkan adalah seperti berikut:

DYMM Al-Sultan Kelantan menganugerahkan beliau Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Dato' dan SPB Yang di-Pertuan Agong menganugerahkannya pingat Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) atas jasanya sebagai Kapten dalam Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pengabdian Kepada Masyarakat

Melalui pengalaman dan pengiktirafan yang diperolehi, beliau menyumbang kepakaran beliau untuk kepentingan masyarakat dan antara sumbangan beliau dalam pengabdian kepada masyarakat adalah seperti berikut:

Selain menyumbang dalam bidang sains, Hashim turut terkenal dalam melestarikan seni dan budaya sebagai penyair kebangsaan, pelukis dan pakar dalam permainan wayang kulit Kelantan. Beliau telah menulis sebanyak 70 rencana dalam akhbar dan majalah dalam bidang sastera,budaya dan hal ehwal semasa, serta menulis dan menyunting 9 buah antologi puisi dan telah memenangi hadiah-hadiah berikut:

Sebagai Penyair

Sebagai penyair yang berbakat dan beliau telah menghasilkan 5 buku puisi yang disenaraikan berikut:-

Tiga daripada buku itu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bukunya Aku Hanya Mahu ke Seberang mendapat Anugerah Sastera Perdana (2002). Beberapa puisinya diterjemahkan oleh [20]Victor Pogadaev ke dalam bahasa Rusia dan diterbitkan dalam buku berjudul Poyusyi Bambuk (Buluh Seruling) di Moscow pada tahun 2005 (Penerbit Humanitary, ISBN 5-89221-098-3).

Dalam prakata buku itu "Dunia di Mana Buluh Menyuling Lagu Merdu" dinyatakan bahawa "keikhlasan dan kesederhanaan bentuk puisinya ialah antara yang terbaik dalam sastera Melayu moden".

Lihat Juga

Rujukan