Harlow Shapley (2 November 1885 – 20 Oktober 1972) adalah seorang ahli astronomi Amerika Syarikat. Beliau banyak menulis buku tentang sains astronomi; beliau khusus terkenal kerana melakukan pengukuran jarak Bima Sakti serta kedudukan Matahari dan planet-planet edaran dalam galaksi ini.[1][2]
Beliau turut menceburi bidang aktivisme: beliau terlibat dalam pengasasan UNESCO melalui pengutamaan bidang sains sebagai antara objektif pertubuhan tersebut.[3]
Beliau hadir dibicarakan Jawatankuasa Kegiatan Tidak Amerika Dewan (House Un-American Activities Committee, HUAC) atas pertuduhan mengikuti fahaman "Rusofil" melalui penganggotaan beliau dalam Jawatankuasa Seni, Sains dan Kepakaran Bebas Rakyat yang membangkang pelantikan semula seorang wakil negeri Massachusetts. Beliau menempelak tuduhan yang dilontarkan ke atasnya serta pendekatan HUAC yang dilihat sembarangan serta berasaskan cuba menakutkan rakyat awam;[2][4] beliau tidak sahaja digugurkan dari pembicaraan ini malah dilantik sebagai presiden pertama Persatuan Kemajuan Sains Amerika Syarikat hasil sokongan para saintis terhadapnya.[2]
Shapley, Harlow (1958). A Census of Northern Galaxies in an Area of 3600 Square Degrees. Harvard College Observatory. Annals, v. 88, no. 7. Beacon Press.
Climatic Change. Harvard University Press. 1953.
Galactic and Extragalactic Studies, XVIII. Volume 36. National Academy of Sciences. 1948.
Time and Its Mysteries. Series 1:Lectures given on the James Arthur Foundation, New York University. New York University Press. 1936.
The Angular Diameters of Bright Galaxies. The Observatory. 1934.
^Mather, Kirtley Fletcher (1888–1978) (Summer 1971). "Harlow Shapley, Man of the World". The American Scholar (dalam bahasa Inggeris). Phi Beta Kappa Society. 40 (3): 475–481. JSTOR41209873. Dicapai pada April 22, 2021("it was Shapley who almost singlehandedly prevented the deletion of the "S" from UNESCO." p. 478)CS1 maint: postscript (link).ISSN0003-0937 (publication); OCLC38258794 and 5543369091 (article).