The Right Honourable Gordon Brown MP | |
---|---|
![]() Potret rasmi, s. 2008 | |
Perdana Menteri United Kingdom | |
Dalam jawatan 27 Jun 2007 – 11 Mei 2010 | |
Raja | Elizabeth II |
Didahului oleh | Tony Blair |
Digantikan oleh | David Cameron |
Canselor Kewangan | |
Dalam jawatan 2 Mei 1997 – 28 Jun 2007 | |
Perdana Menteri | Tony Blair |
Didahului oleh | Kenneth Clarke |
Digantikan oleh | Alistair Darling |
Anggota Parlimen untuk Kirkcaldy dan Cowdenbeath Dunfermline East (1983 – 2005) | |
Dalam jawatan 9 Jun 1983 – 7 Mei 2015 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | James Gordon Brown 20 Februari 1951 Govan, Glasgow, Scotland, UK |
Kerakyatan | British |
Parti politik | Labour |
Pasangan | Sarah Brown |
Anak-anak | Jennifer Jane (meninggal dunia), John Macaulay dan James Fraser |
Kediaman | 10 Downing Street (official) North Queensferry (private)[1] |
Alma mater | Universiti Edinburgh |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Profesion | Akademi Pemberita |
Tandatangan | Fail:Gordon Brown signature.svg |
Laman web rasmi | Government Website |
James Gordon Brown merupakan Perdana Menteri ke-52 United Kingdom dari tahun 2007 hingga tahun 2010, Menteri Perkhidmatan Awam, Ahli Parlimen Kirkcaldy dan Cowdenbeath serta ketua Parti Buruh UK.
Sebelum menjadi Perdana Menteri, Brown menyandang jawatan Menteri Kewangan selama 10 tahun (2 Mei 1997 hingga 27 Jun 2007), iaitu tempoh yang paling lama sejak jawatan tersebut dipegang oleh Nicholas Vansittart (1812 hingga 1823).
Gordon Brown diundi sebagai Ahli Parlimen Parti Buruh Dunfermline Timur pada 1983 dan menjadi jurucakap parti pembangkang bagi Perdagangan dan Industri pada 1985. Pada 1986, Brown menulis biografi ahli politik dari Parti Buruh Bebas (Independent Labour Party) James Meaxton sebagai tesis Ph.D.nya. Brown menjadi Ketua Setiausaha Perbendaharaan Bayangan dari 1987 hingga 1989 dan Setiasuaha Perdagangan dan Industri Bayangan sebelum menjadi Canselor Kewangan Bayangan pada 1992.
Selepas kematian ketua Parti Buruh John Smith pada 1994, Brown dijangka oleh ramai akan mengambil alih jawatan itu. Namun, Brown dikatakan telah membuat perjanjian rahsia engan Tony Blair di sebuah restoran di Islington, London. Blair menjanji akan memberi kebebasan kepada Brown mengawal dasar ekonomi Britain jika Brown tidak bersaing dengannya dalam pemilihan ketua Parti Buruh 1994. Sejak perjanjian itu, Blair dan Brown telah mengamalkan kerjasama yang rapat hinggalah 2007 walaupun dikatakan sering bertelingkah di belakang mata awam.
Kemenangan Parti Buruh dalam pilihanraya 1997 telah membawa kepada pelantikan Brown sebagai Canselor (Menteri) Kewangan Britain di bawah Perdana Menteri Blair. Tempoh perkhidmatannya yang panjang telah melihat pertumbuhan ekonomi yang bertahan yang paling lama dalam sejarah United Kingdom.
Pada 27 Jun 2007, Blair meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas 10 tahun memimpin Britain. Beliau digantikan oleh Gordon Brown.
Pada 6 Mei 2010, beliau kalah dalam Pilihan raya Britain 2010. Beliau mendapat reputasinya sebagai seorang yang tidak disukai kerana berimej kaku, panas baran, tidak sabar dan jarang tersenyum berbanding David Cameron dan Nick Clegg. Undi spontan selepas debat terbuka yang disiar secara langsung melalui televisyen mendapati Gordon Brown tewas.
'Isu Bigotgate' turut menyebabkan parti beliau tewas. Namun beliau menang di kawasanya di Kirkcaldy, Scotland.[2]
Beliau mengahwini Sarah Macaulay dalam sebuah majlis persendirian pada tahun 2000.[3]
Gordon mempunyai dua adik lelaki iaitu John Brown dan Andrew Brown, di mana Andrew merupakan seorang bekas wartawan serta juga suami Clare Rewcastle Brown.[4] Gordon turut menulis sebuah surat kepada akhbar The Independent yang menyokong kegiatan adik iparnya memperjuangkan perlindungan hutan-hutan Sarawak pada tahun 2011.[5]
|deadurl=
ignored (bantuan)
|publisher=
(bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
Ketahui lebih lanjut tentang Gordon Brown di Wikipedia: | |
![]() |
Takrifan dari Wikikamus |
![]() |
Imej dan media dari Commons |
![]() |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity |
![]() |
Berita dari Wikiberita |
![]() |
Petikan dari Wikipetikan |
![]() |
Teks sumber dari Wikisumber |
![]() |
Buku teks dari Wikibuku |