Gisaeng (Hangul: 기생 ; Hanja: 妓生 ; RR: gisaeng; Jawi: كيسيڠ ) atau ginyeo (Hangul: 기녀 ; Hanja: 妓女 ; Jawi: كينيو ), merupakan penghibur sah yang wujud sejak kerajaan Goryeo untuk berkhidmat kepada golongan tertentu seperti yangban dan raja-raja. Bahkan, mereka juga memberikan perkhidmatan seksual untuk golongan disebut ini.[1][2]
Kebanyakan daripada mereka diambil kerja dalam istana raja, namun mereka turut didapati di serata negara. Mereka mendapat latihan terperinci dalam bidang tertentu seperti seni-seni halus, tembikar dan sastera; namun dipandang rendah akibat status sosial mereka. Golongan kisaeng ini memainkan peranan penting dalam pembentukan tanggapan masyarakat Korea mengenai budaya tradisi yang wujud dalam zaman Joseon.