Kacip
Gigi kekal separuh kanan arkus gigi bawah, dilihat dari atas.
Gigi kekal, dilihat dari kanan.
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latindentes incisivi
MeSHD007180
TAA05.1.03.004
FMAFMA:12823
Terminologi anatomi

Gigi kacip, gigi acip atau insisor (Ubt.[1]) merupakan jenis gigi pertama yang tumbuh dalam mamalia heterodon. Gigi acip terletak pada pramaksila di rahang atas, dan mandibel di rahang bawah.

Fungsi

Dalam sebilangan besar mamalia herbivor atau omnivor, misalnya manusia dan kuda, gigi acip disesuaikan untuk menggigit benda yang keras. Gigi acip kucing adalah kecil, oleh itu kucing menggigit daging dengan gigi taring dan karnasial. Gigi acip atas gajah terubah suai menjadi gading; begitu juga dengan Narwhal (sejenis ikan paus) yang mana sebatang gigi acipnya berkembang menjadi gading yang lurus dan berpilin. Gigi acip rodensia tumbuh sepanjang hayat tetapi dirapikan dengan menggerogot selalu.

Bilangan dan jenis gigi acip

Manusia

Manusia biasanya mempunyai lapan batang gigi acip yang terbahagi kepada empat jenis darab dua batang. Jenis-jenisnya adalah:

Haiwan selain manusia

Sesetengah spesies primat, kucing dan kuda mempunyai 12 batang gigi acip. Rodensia ada empat batang, manakala rubah ada sembilan batang. Arnab yang pernah dianggap sebagai rodensia, menjadi berbeza kerana hanya ada lapan batang gigi acip — sepasang "gigi lancip" kecil terletak di belakang sahaja pasangan gigi yang paling anterior. Gigi acip digunakan untuk menggigit makanan keras seperti daging merah.

Gambar selebihnya

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "insisor". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.