Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, jonru / fitnah diertikan sebagai
Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang.
Terdapat banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu atau fitnah kepada sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan melalui kaedah pertuturan atau berbisik antara seseorang kepada seseorang yang lain. Selain itu, medium komunikasi moden juga digunakan bagi penyebaran fitnah seperti menggunakan media massa sama ada melalui berita, akhbar, radio, televisyen, internet dan lain-lain.[perlu rujukan] Fitnah juga boleh dikembangkan antara satu pihak yang bertelagah dengan pihak lain dengan hanya menjadikan habuan atau keistimewaan sebagai janji atau upah kepada pihak yag terlibat dalam aktiviti berfitnah.
Menjatuhkan maruah individu, menyebabkan pertelagahan, rompakan, samun, berbunuhan antara sesuatu individu yang bertelagah.
Menyebabkan keluarga sukar untuk saling memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga sentiasa dipengaruhi rasa tidak tenteram, dendam, tidak mesra, sering bertelagah, pergaduhan, kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.
Masyarakat menjadi tidak muafakat, enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak peranda dan lain-lain.
![]() |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Defamation |