Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Bunga api" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Bunga api
Fail GIF bunga api, yang berdasarkan video bunga api di Festival Nagaoka 2012, Jepun
Bunga api ketika sambutan Tahun Baru di Bratislava, 2005
Bunga Api pada sambutan Hari 4 Julai di Washington, DC, Amerika Syarikat
Paparan bunga api di Taipei 101, Taiwan pada 2005, menjadikannya persembahan bunga api di pencakar langit pertama di dunia.

Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan. Pameran bunga api ialah pertunjukkan yang menggunakan peralatan tersebut untuk menimbulkan kesan bunga api tersebut.

Bunga api digunakan dengan meluas untuk menghasilkan empat kesan utama: bunyi, api/cahaya yang berwarna, asap dan bahan terapung (seperti konfeti) melalui pembakaran bahan-bahan tertentu seperti serbuk letupan, sulfur dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain. Bergantung kepada rekaan pakar bunga api, ianya dihasilkan untuk mengeluarkan api dan asap berwarna yang mengandungi satu atau lebih warna, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu dan perak.

Oleh sebab bunga api menghasilkan asap beracun yang berupaya mencemarkan alam sekitar dan mencederakan orang lain, perdebatan mengenainya dibincangkan di seluruh dunia.

Komponen

Warna dalam bunga api biasanya dihasilkan oleh bintang piroteknik (pyrotechnic star) yang menghasilkan cahaya yang sangat terang apabila dinyalakan. "Bintang-bintang" ini mempunyai lima jenis bahan komponen:

Sebatian-sebatian pewarna yang sering digunakan tertera pada jadual di bawah. Warna sebatian dalam bunga api adalah sama seperti mana bahan tersebut dibakar dalam suatu ujian nyala. Tidak semua sebatian menghasilkan warna apabila dinyala sesuai sebagai bahan pewarna bunga api, namun bahan pewarna yang ideal akan menghasilkan warna yang tulen dan kuat apabila ia dalam kepekatan yang sederhana.

Warna Besi Sebatian contoh
Merah Strontium (merah kuat)

Litium (merah sederhana)

SrCO3 (strontium karbonat)

Li2CO3 (litium karbonat) LiCl (litium klorida)

Jingga Kalsium CaCl2 (kalsium klorida)
Kuning Natrium NaNO3 (natrium nitrat)
Hijau Barium BaCl2 (barium klorida)
Biru Halida kuprum CuCl2 (kuprum klorida) pada suhu rendah
Biru nila Sesium CsNO3 (sesium nitrat)
Ungu Kalium

Rubidium (violet-red)

KNO3 (kalium nitrat)

RbNO3 (rubidium nitrat)

Emas Arang, ferum atau jelaga
Putih Serbuk titanium, aluminium, berilium atau magnesium

Sejarah

Bunga api telah dicipta oleh orang Cina purba pada kurun ke-12 untuk menghalau roh-roh jahat, dimana ia dicipta melalui penambahbaikan ubat bedilan Cina. Pertunjukan bunga api dianggap penting kepada kaum Cina apabila ia digunakan sehingga sekarang melalui sambutan Tahun Baru Cina dan sambutan perayaan Kuih Bulan. China merupakan negara pembekal dan pengeksport utama bunga api di dunia.

Bacaan lanjut

Pautan luar

Kategori berkenaan bunga api di Wikimedia Commons