Ben Feringa | |
---|---|
Kelahiran | Bernard Lucas Feringa 18 Mei 1951 Barger-Compascuum, Belanda |
Warganegara | Belanda |
Pusat pendidikan | Universiti Groningen |
Terkenal kerana | Suis/motor molekul, Katalisis homogen, stereokimia, fotokimia |
Pasangan | Betty Feringa |
Anugerah | Hadiah Nobel dalam Kimia (2016)[1] |
Kerjaya saintifik | |
Penasihat kedoktoran | Hans Wijnberg |
Laman web rasmi | benferinga.com |
Bernard Lucas "Ben" Feringa (lahir pada 18 Mei 1951) ialah ahli kimia organik sintetik Belanda, yang mengkhusus dalam nanoteknologi molekul dan pemangkinan homogen. Beliau ialah Profesor Sains Molekul Jacobus van 't Hoff,[2][3] di Institut Kimia Stratingh,[4] Universiti Groningen, Belanda, dan Profesor Akademi dan Pengerusi Lembaga Pengarah Sains Akademi Sains Diraja Belanda.[5] Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kimia 2016, bersama dengan Sir J. Fraser Stoddart dan Jean-Pierre Sauvage, "untuk reka bentuk dan sintesis mesin molekul".[1][6]