Untuk kegunaan lain, sila lihat Batu (nyahkekaburan).

Batu ialah mana-mana satu unit jarak yang mempunyai panjangnya di lingkungan 1–10 kilometer. Dalam konteks Melayu dan Inggeris, "batu" merujuk kepada batu statut yang sepanjang 1,760 ela (atau 5,280 kaki) yang lebih kurang sama dengan 1,609 meter. "Batu" dalam bahasa Inggeris juga merujuk kepada batu nautika antarabangsa yang tepat-tepat sama dengan 1,852 meter.


Batu asal

"Batu" sebagai unit ukuran digunakan buat pertama kali oleh orang Rom kuno dan asalnya, berukuran 1,000 langkah (kembar) (bahasa Latin: "mille passuum"), iaitu lebih kurang 1,480 meter atau kira-kira 0.74 meter setiap langkah tunggal. Setiap batu adalah sama dengan 5,000 kaki Rom.

Jenis batu

Dalam penggunaan baru, berbagai-bagai jarak telah dirujuk sebagai "batu".

Batu statut

Sebuah statut parlimen Inggeris semasa pemerintahan Elizabeth I dari England menentukan batu statut sebagai lapan furlong atau 1,760 ela; iaitu 5,280 kaki atau 63,360 inci. Sebelum statut itu diisytiharkan, batu di England biasa dianggap sebagai 5,000 kaki, iaitu satu ukuran panjang yang tidak dapat dibahagikan menjadi ela, rod, atau furlong tanpa pecahan. Kini, dua jenis batu statut yang berbeza sedikit digunakan:

Satu "batu antarabangsa" adalah sama dengan 0.999 998 batu survei Amerika Syarikat.

Batu nautika

Mengenai Kebergunaan Batu Nautika
Setiap Bulatan yang ditunjukkan merupakan satu bulatan agung — analog garis dalam Trigonometri Sfera — dan oleh itu, merupakan laluan terpendek antara dua titik di permukaan globul.

Penggunaan batu

Lihat juga: Pemetrikan

Proses-proses pemetrikan telah menyebabkan batu tidak penting lagi sebagai unit ukuran di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kini, batu hanya boleh didapati di isyarat jalan raya Amerika Syarikat, United Kingdom, Liberia dan Myanmar. Bagaimanapun, knot (batu nautika sejam) masih biasa digunakan untuk pengangkutan udara dan laut antarabangsa.

Batu lain

Lihat juga

Rujukan

'Mengenai Ukuran Juruselam', dalam Laurence Echard, 1741, The Gazetteer's or Newsman's Interpreter (Pentafsir Gazetir atau Pemberita), London: Ballard et al. (diterbitkan buat pertama kali pada 1703)

Pautan luar