Seorang ayah dengan anaknya

Seorang ayah (juga disebut bapa, abah, bak, abi) adalah seorang lelaki dan merupakan pasangan kepada ibu yang melahirkan seseorang.[1]

Father with child

Hubungan ayah-anak

[sunting | sunting sumber]

Hubungan ayah dengan anak merupakan faktor penentu peranan seorang ayah dalam kehidupan. Seorang 'ayah' tidak semestinya ayah biologi seorang anak. Sesetengah kanak-kanak merujuk ayah tiri mereka sebagai ayah. Ayah adalah lelaki yang melaksanakan jagaan kebapaan ke atas seseorang yang lain.[2][3] Kebanyakan ayah secara semula jadi melindungi, menyokong, dan bertanggung jawab dan mampu memberikan sumbangan besar kepada diri mereka, masyarakat mereka dan anak-anak mereka.[4] Bapa yang tersebut menawarkan kelebihan khas kepada anak-anak mereka sepanjang kitaran hayat dan menjejaskan diri mereka dengan melakukan sebegitu.[5] Tokok bapa yang aktif memiliki peranan penting untuk dimainkan bagi mengurangkan masalah kelakuan bagi anak lelaki dan masalah psychological bagi gadis.[6] Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami pembabitan bapa yang luas cenderung menunjukkan pencapaian lebih tinggi dalam penilaian perkembangan kognitif, kemahiran bersosial lebih baik dan kurang berhadapan dengan masalah tingkah-laku.[7][8][9] Peningkatan jumlah pembabitan bapa-anak juga terbukti meningkatkan kestabilan sosial anak, pencapaian pendidikan, dan malah potensi mereka bagi memiliki perkahwinan kukuh sebagai seorang dewasa. Kanak-kanak ini lebih ingin tahu mengenai dunia sekeliling mereka dan memiliki kemahiran menyelesaikan masalah lebih baik.[10] Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa bapa mungkin melihat diri mereka sebagai kekurangan kognitif dan kekurangan fizikal berbanding sahabat mereka yang memiliki keluarga yang memiliki bapa.[11] Ibu tunggal melaporkan pertelingkahan lebih teruk dengan anak-anak mereka. Anak lelaki yang dibesarkan tanpa bapa menunjukkan sifat lebih lembut (“feminine”) tetapi tidak mengurangkan tingkah-laku peranan ciri-ciri kelakian.[12]

Menurut anthropologi Maurice Godelier, peranan ayah yang diambil mainkan oleh manusia lelaki merupakan perbezaan genting antara masyarakat manusia berbanding saudara biologi manusia paling hampir - chimpanzees dan bonobo – yang kelihatannya tidak menyedari kaitan dengan "bapa" mereka.[13][14]

Lambang kuasa

[sunting | sunting sumber]

Bapa sering dilihat sebagai lambang pihak berkuasa.[15][16][17][18] Pemantauan biasa dikalangan sarjana adalah penguakuasaan bapa dan pemimpin politik berkait rapat, dari segi terdapat pengenal pasti simbolik antara penguat kuasa tempatan dan pemimpin politik kebangsaan.[19] Dari segi ini, kaitan telah ditunjukkan antara konsep "patriarchal", "paternalistic", "kultus personaliti", "fascist", "totalitarian", "imperialism".[19] Asas yang serupa dikalangan pihak berkuasa tempatan dan kebangsaan, adalah mekanisma memberi nama (melaksanakan kuasa di bawah nama orang lain) dan identiti.[19] Dalam masyarakat kebapaan - patriarchal, pihak berkuasa biasanya menggunakan retorik kebapaan dan keluarga bagi melaksanakan peraturan mereka dan menyokong pengesahannya.[20]

Ketika zaman Rom Silam dan keluarga patriarchal bangsawan (“aristokratik”), "suami dan bapa memiliki (“Patria potestas”) tahap kuasa politik dan bertindak sebagai perantaraan isi rumah dan politik."[21][22] In Western culture patriarchy and authority have been synonymous.[23] Dalam abad ke-19 di Eropah, pendapat ini adalah biasa, di kalangan traditionalist dan revolutionari, bahawa kuasa ayah tempatan perlu "dijadikan penuh berkuasa dalam keluarga supaya ia tidak perlu bagi negara ".[19][24][25] Pada lewat separuh abad tersebut, terdapat tambahan kuasa suami ke atas isterinya dan kuasa bapa terhadap kanak-kanak, termasuk "peningkatan tuntutan bagi kepatuhan mutlak seseorang anak kepada si bapa ".[19] Eropah melihat kebangkitan "Kesamaan (“hegemoni”) ideology baru bentuk keluarga nuklear dan pengemasan perundangan patriarch", yang semasa dengan penyebaran kukuh "model negara-negeri sebagai aturan norma politik ".[19]

Menentukan ibu-bapa

[sunting | sunting sumber]

Sejak zaman Rom status bapa di kalangan masyarakat barat telah ditentukan dengan ayat masyhur ini: Mater semper certa; pater est quem nuptiae demonstrant ("Identiti si ibu sentiasa pasti; bapa merupakan yang mana sumpah perkahwinan tunjukkan "). Pendekatan bersejarah ini telah tumbang dengan kemunculan ujian saintifik jitu terkini, terutamanya ujian DNA. Akibatnya, undang-undang mengenai bapa melalui perubahan pantas.

Sebagaimana si ibu, seseorang bapa boleh dikelompokkan menurut hubungan biologi, masyarakat, atau menurut undang-undang dengan si anak.[26] Dalam sejarah, hubungan biologi kebapaan telah menentukan seseorang bapa. Tetapi, bukti seseorang bapa merupakan masalah intrisik dan dengan itu peraturan social sering menentukan siapa yang akan di anggap sebagai bapa, contoh suami kepada si ibu.

Seseorang yang memiliki genetic Chimera boleh secara teori memiliki lebih daripada satu bapa biologi. Tiada contoh seperti ini telah dilaporkan tetapi chimera manusia tidak diketahui wujud sehingga baru-baru ini dan pakar sains kini tidak pasti sejauh manau chimerism dalam populasi manusia.

Istilah Melayu biasa bagi bapa termasuk ayah, bak, abah, abi. Penggunaan tidak rasmi lain termasuk orang tuaku.

Kategori

[sunting | sunting sumber]
Bapa dengan dua orang anak

Tidak sedarah (hubungan sosial/perundangan antara ayah dan anak)

[sunting | sunting sumber]

Kebapaan menurut takrifan tahap hubungan dengan anak

[sunting | sunting sumber]
Anak biologi pada lelaki yang, bagi sebab khas di atas, bukanlah bapa sah mereka, tidak memiliki hak automatic bagi sokongan kewangan atau pewarisan. Yatim sah (“Legal fatherlessness”) merujuk kepada status menurut undang-undang dan bukannya pada isu samaada sibapa kini telah mati atau masih hidup.

Kebapaan bukan manusia

[sunting | sunting sumber]

Bagi sesetengah haiwan, bapalah yang menjaga anak-anaknya.

Kebanyakan spesies bagaimanapun tidak menunjukkan atau tidak memainkan sebarang peranan bagi penjagaan anak. Sijantan meninggalkan sibetina selepas mengawan dan lama sebelum anak dilahirkan. Haiwan betina yang perlu memberikan semua jagaan bagi anak-anaknya.

Singa jantan akan membiarkan anak singa, tetapi hanya membenarkan mereka makan selepas mereka makan. Beberapa ekor mungkin bersifat kejam dan mungkin mencederakan atau membunuh anak singa tanpa provokasi. Singa jantan yang membunuh singa jantan lain untuk mengambil alih kawanan biasanya membunuh sebarang anak singa kepunyaan jantan saingan. Ini agar singa betina kembali sedia untuk mengawan secepat mungkin. Bagaimanapun, singa jantan juga yang bertanggung jawab bagi menjaga kawanan ketika singa betina memburu. Ia juga perlu diingat bahawa singa jantan adalah satu-satunya keluarga kucing yang memainkan peranan kebapaan.

Akhirnya dalam sesetengah spesies kedua ibu bapa tidak memberikan sebarang jagaan

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bapa juga boleh merujuk secara perumpamaan (“metaforik”) pada seseorang yang dianggap pengasas kepada pengetahuan atau sesuatu institutasi. Dalam konteks tersebut erti "bapa" adalah sama seperti "pengasas". Contoh Bapa kemerdekaan.

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "WordNet". Dicapai pada 2007-12-14. [pautan mati]
  2. ^ Early Childhood Longitudinal Study 2006. "Measuring Father Involvement in Young Children's Lives." National Center for Education Statistics. Fathers of the United States children born in 2001.
  3. ^ Minnesota Fathers & Families Network. "Do We Count all the Fathers in Minnesota?" (Saint Paul, MN: Author, 2007). 51.
  4. ^ Minnesota Fathers & Families Network. "Fathers to the Forefront: A five-year plan to strengthen Minnesota families." (Saint Paul, MN: Author. 2007).[1]
  5. ^ Diamond, M. J. "My Father Before Me: How Fathers and Sons Influence Each Other Throughout The Life Cycle." NY: Norton, 2007
  6. ^ Children Who Have An Active Father Figure Have Fewer Psychological And Behavioral Problems
  7. ^ Pruett, K. "Fatherneed: Why father care is as essential as mother care for your child," New York: Free Press, 2000.
  8. ^ "The Effects of Father Involvement: A Summary of the Research Evidence," Father Involvement Initiative Ontario Network, Fall 2002 newsletter.
  9. ^ Anderson Moore, K. "Family Structure and Child Well-being" Washington, DC: Child Trends, 2003.
  10. ^ United States. National Center for Fathering, Kansas City, MO. Partnership for Family Involvement in Education. A Call to Commitment: Fathers' Involvement in Children's Learning. June, 2000
  11. ^ Children raised in fatherless families from infancy: family relationships and the socioemotional development of children of lesbian and single heterosexual mothers.
  12. ^ Children raised in fatherless families from infancy: a follow-up of children of lesbian and single heterosexual mothers at early adolescence
  13. ^ Maurice Godelier, Métamorphoses de la parenté, 2004
  14. ^ "New Left Review - Jack Goody: The Labyrinth of Kinship". Dicapai pada 2007-07-24.
  15. ^ Osaki, Harumi Killing Oneself, Killing the Father: On Deleuze's Suicide in Comparison with Blanchot's Notion of Death Literature and Theology, doi:10.1093/litthe/frm019
  16. ^ Foucault's response to Freud: sado-masochism and the aestheticization of power
  17. ^ Eva L. Corredor (Dis)embodiments of the Father in Maghrebian Fiction. The French Review, Vol. 66, No. 2 (Dec., 1992), pp. 295-304
  18. ^ Paul Rosefeldt; Peter Lang, 1996. The Absent Father in Modern Drama [CHAPTER 3 - QUESTIONING THE FATHER'S AUTHORITY http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=9916349]
  19. ^ a b c d e f Borneman, John (2004) Death Of The Father: An Anthropology Of The End In Political Authority ISBN 1-57181-111-7 [2] pp.1-2, 11-12, 75-75
  20. ^ AnthroSource | PoLAR: Political and Legal Anthropology Review - 29(1):151 - Citation[pautan mati kekal]
  21. ^ David Foster Taming the Father: John Locke's Critique of Patriarchal Fatherhood. The Review of Politics, Vol. 56, No. 4 (Autumn, 1994), pp. 641-670
  22. ^ Alexis de Tocqueville 1830
  23. ^ WHITE, NICHOLAS review of Questioning the Father: From Darwin to Zola, Ibsen, Strindberg, and Hardy Journal of European Studies, December, 2000
  24. ^ Jules Simon 1869
  25. ^ Michelle Perrot 1990 A History of Private Life p.167
  26. ^ Minnesota Fathers & Families Network. "Do We Count Fathers in Minnesota?" (Saint Paul, MN: Author, 2007). 14.
  27. ^ a b Fernandez-Duque E, Valeggia CR, Mendoza SP. (2009). Biology of Paternal Care in Human and Nonhuman Primates. Annu. Rev. Anthropol. 38:115–30. doi:10.1146/annurev-anthro-091908-164334
  28. ^ Mendoza SP, Mason WA. (1986). Parental division of labour and differentiation of attachments in a monogamous primate (Callicebus moloch). Anim. Behav. 34:1336–47.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat ((tunas)) ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.