Awang Hassan | |
---|---|
![]() | |
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-5 | |
Dalam jawatan 1 Mei 1981 – 30 April 1989 | |
Ketua Menteri | Tun Dr. Lim Chong Eu |
Didahului oleh | Tun Sardon Jubir |
Digantikan oleh | Tun Hamdan Sheikh Tahir |
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia | |
Dalam jawatan 1973–1980 | |
Didahului oleh | Tun Muhammad Fuad Stephens |
Digantikan oleh | Tan Sri Datuk Lim Taik Choon |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Muar Selatan, Johor | |
Dalam jawatan 1963–1974 | |
Didahului oleh | Dato' Suleiman Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Muar, Johor, Malaya (kini Malaysia) | 9 November 1910
Meninggal dunia | 12 September 1998 Johor Bahru, Johor, Malaysia | (umur 87)
Tempat persemadian | Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor |
Pasangan | Toh Puan Khadijah Abdul Rahman (k. 1936; m. 1987) Toh Puan Dr. Zubaidah Abdul Rahman (k. 1989) |
Anak-anak | 7 (termasuk Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang) |
Hubungan | Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (bapa mentua) Dato' Suleiman Abdul Rahman (abang ipar) Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (adik ipar) Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman (anak saudara) Mohamed Tawfik Ismail (anak saudara) |
Alma mater | Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya (kini Universiti Kebangsaan Singapura) |
Tun Dr. Awang bin Hassan (9 November 1910 – 12 September 1998) ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kelima yang berkhidmat dari 1 Mei 1981 hingga 30 April 1989. Beliau sebelum itu merupakan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia ketujuh dari 1973 hingga 1980.
Tun Dr. Awang mendapat pendidikan rendah di Sekolah Bukit Zahrah, Johor Bahru dan pendidikan menengah di English College Johor Bahru (kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar).[1] Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura (kini dikenali sebagai Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura) dan dianugerahkan Licentiate in Medicine and Surgery (LMS) pada tahun 1934.[2]
Tun Dr. Awang memulakan penglibatannya dalam politik pada tahun 1946. Beliau bersama-sama abang iparnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memainkan peranan penting dalam mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[3] Beliau menang tanpa bertanding sebagai Ahli Parlimen Muar Selatan berikutan kematian penyandangnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman pada 6 November 1963. Tun Dr. Awang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia pada tahun 1973 dan seterusnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kelima menggantikan Tun Sardon Jubir pada 1 Mei 1981. Beliau menyandang jawatan tersebut selama dua penggal.
Tun Dr. Awang juga merupakan salah seorang daripada ‘Orang Tujuh’ atau ‘Kumpulan Tujuh’ yang menandatangani surat bantahan kepada Sultan Johor yang menandatangani Perjanjian Malayan Union pada 1946. Enam yang lain ialah Dato' Abdul Rahman Mohamed Yassin (Ketua), Hassan Yunus (Tan Sri), Suleiman Abdul Rahman (Dato’), Kosai Mohd Salleh (Dato’), Cikgu Ahmad Sulaiman dan Safiah Sulaiman.
Tun Dr. Awang Hassan berkahwin dengan Toh Puan Khadijah Abdul Rahman, kakak kepada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua pada tahun 1936.[4] Beliau kemudian berkahwin buat kali kedua dengan adik iparnya, Toh Puan Dr. Zubaidah Abdul Rahman pada tahun 1989 selepas kematian Toh Puan Khadijah.[5]
Tun Dr. Awang Hassan meninggal dunia pada 12 September 1998[6] dan telah disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.[7]
Didahului oleh Tun Muhammad Fuad Stephens |
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia 1973–1980 |
Diikuti oleh: Tan Sri Datuk Lim Taik Choon |
Didahului oleh Tun Sardon Jubir |
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang 1981–1989 |
Diikuti oleh: Tun Hamdan Sheikh Tahir |