CF-100 Canuck | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat pemintas |
Pengeluar | Avro Canada |
Direka oleh | John Frost |
Penerbangan sulung | 19 Januari 1950 |
Diperkenalkan | 1952 |
Dihentikan | 1981 |
Pengguna utama | Tentera Udara Diraja Kanada Tentera Udara Belgium |
Jumlah dibina | 692 |
Avro Canada CF-100 Canuck (juga dikenali sebagai Clunk), merupakan sebuah pesawat pejuang yang digunakan oleh Kanada semasa Perang Dingin. Ia merupakan satu-satunya jet pejuang rekaan Kanada yang dikeluarkan secara besar-besaran.
CF-100 bukan dianggap sebagai sebuah pesawat supersonik sebenar kerana ia tidak boleh melepasi kelajuan bunyi semasa penerbangan separas. Walau bagaimanapun, pada 18 Disember 1952, S/L Janusz Żurakowski, ketua juruterbang ujian pembangunan syarikat Avro telah memecahkan tabir bunyi dengan menerbangkan prototaip CF-100 Mk 4 dalam keadaan junam daripada ketinggian 30,000 kaki.
Pesawat setanding
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Avro CF-100. |