![]() | |
Negara | ![]() |
---|---|
Kawasan siaran | ![]() |
Ibu pejabat | ![]() |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Format gambar | 4K UHDTV (2160p) 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Induk | Astro Malaysia Holdings |
Saluran kembar | Astro Arena Astro Arena 2 Astro Arena Bola Astro Arena Bola 2 Astro Cricket |
Sejarah | |
Dilancarkan | ![]() ![]() ![]() |
Menggantikan | Astro UHD |
Ditutup | ![]() ![]() |
Nama dahulu | SuperSport (3 Ogos 1997 - 28 September 2003) |
Ketersediaan | |
Satelit | |
![]() | Saluran 805 (4K UHD) Saluran 811 (HD) |
![]() | Saluran 811 (HD) |
Media penstriman | |
![]() | Astro GO / On Demand / Sooka |
Astro SuperSport (awalnya menggunakan nama SuperSport hingga 28 September 2003) merupakan sebuah saluran televisyen satelit berbayar di Malaysia dan mengkhusus dalam menyiarkan kandungan berkaitan sukan selama 24 jam Rangkaian ini boleh didapati di platform Astro melalui Astro Supersport (Saluran 811) khas untuk pelanggan Sports Pack sahaja. Saluran ini dengan salah satu saluran sukan Astro yang asal serta menawarkan pelbagai acara sukan tahunan bertaraf antarabangsa termasuklah bola sepak, badminton, sukan permotoran, ragbi, bola tampar golf dan WWE
Telekom Malaysia Berhad telah mengikat perjanjian dengan Astro Malaysia Holdings Berhad untuk menyiarkan Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport HD 2 melalui rangkaian perkhidmatan Unifi TV selama tiga tahun. Kandungan kejohanan sukan yang disiarkan melalui saluran ini termasuklah beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris.[1]
Apabila kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij dijalankan, akan berlaku penambahan saluran untuk membolehkan liputan khas secara langsung disiarkan.
Saluran ini menjadi peneraju kepada kaedah penyiaran di Asia Tenggara melalui Saluran 811. Rangkaian ini telah menyiarkan program studio berkaitan kejohanan sukan terbesar dalam versi HD seperti Liga Perdana Inggeris dan Piala Dunia FIFA sejak 2010 dan program sukan daripada majalah iaitu FourFourTwo sejak 2011.
Astro SuperSport melancarkan siaran pertamanya pada 3 Ogos 1997. Pada mulanya, Astro SuperSport menggunakan nama panggilan SuperSport hanya digunakan semasa dalam siaran di Astro dengan salah satu saluran sukan Astro yang asal serta menawarkan pelbagai acara sukan tahunan bertaraf antarabangsa termasuklah bola sepak, badminton, sukan permotoran, ragbi, bola tampar dan golf.
Pada 29 September 2003, perkataan SuperSport secara rasminya telah bertukar nama dan logo baharu kepada Astro SuperSport telah digunakan sempena ulang tahun ke-7 Astro, dilengkapi dengan dua segi empat tepat dan garisan melengkung di tengah. Perkataan "astro" (tanda perkhidmatan televisyen satelit) dalam huruf kecil di atas dan "SUPERSPORT" dalam huruf besar masih digunakan di bawah dalam gabungan dua segi empat tepat.
Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro SuperSport:
Logo | Nama saluran | Dilancarkan perdana | Ditutup siaran | LCN | Media perstriman | Nama sebelumnya |
---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
Astro SuperSport 2 | 18 November 2009 (SD)
8 Ogos 2011 (HD) |
30 November 2020 (SD) | 812 (HD) (Astro/NJOI) | Astro GO Sooka |
Astro SuperSport HD 2 nama yang digunakan hingga 2013 |
![]() |
Astro SuperSport 3 | 12 Ogos 2010 (SD)
23 April 2013 (HD) |
813 (HD) (Astro/NJOI) | Astro GO Sooka |
||
![]() |
Astro SuperSport 4 | 23 April 2013 (SD)
1 September 2016 (HD) |
814 (HD) (Astro/NJOI) | Astro GO Sooka |
||
![]() |
Astro SuperSport 5 | 1 Oktober 2021 | 15 Julai 2023 | — | — | Pengganti saluran jaringan FOX Sports di Asia Tenggara pada 30 September 2021 dan digantikan oleh W-Sport pada 15 Julai 2023. |
Astro SuperSport UHD | 1 Julai 2022 | — | 805 dan 806 (4K UHD) (Astro) | — | Pengganti saluran oleh Astro UHD |
1: Program ini hanya untuk pelanggan Astro SuperSport Plus di saluran sendiri. 2: Tayangan serentak di Astro Arena.