Anugerah Akademi ke-74 | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Tarikh | Mac 24, 2002 | |||
Tempat | Teater Kodak Hollywood, Los Angeles, California, A.S. | |||
Rangkaian | ABC | |||
Pramajlis | Chris Connelly Leeza Gibbons Ananda Lewis[1] | |||
Pengacara | Whoopi Goldberg | |||
Penerbit | Laura Ziskin | |||
Pengarah | Louis J. Horvitz | |||
Tempoh | 4 jam, 23 minit[2] | |||
Filem Terbaik | A Beautiful Mind | |||
Anugerah terbanyak | A Beautiful Mind dan The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring (4) | |||
Pencalonan terbanyak | The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring (13) | |||
|
Majlis Anugerah Akademi ke-74 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2001 dan berlangsung pada Mac 24, 2002 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Laura Ziskin dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz.[3][4] Whoopi Goldberg mengacarakan majlis ini buat kali keempat.[5] Beliau pertama kali mengacara semasa Anugerah Akademi ke-66 pada tahun 1994 dan kali terakhir semasa Anugerah Akademi ke-71 pada tahun 1999.[6] Dalam sebuah majlis di Hotel Regent Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Mac 2, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Charlize Theron.[7]
A Beautiful Mind memenangi empat anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk Ron Howard.[8][9] Pemenang-pemenang yang lain termasuk The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring juga dengan empat anugerah, Black Hawk Down dan Moulin Rouge! dengan dua anugerah dan The Accountant, For the Birds, Gosford Park, Iris, Monster's Ball, Monsters, Inc., Murder on a Sunday Morning, No Man's Land, Pearl Harbor, Shrek, Thoth dan Training Day dengan satu anugerah.
Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-74 diumumkan pada Februari 12, 2002 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California oleh Frank Pierson, presiden Akademi dan pelakon Marcia Gay Harden.[10] The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring mendapat pencalonan terbanyak dengan tiga belas. Ia merupakan filem ketujuh untuk menerima pencalonan sebanyak itu. A Beautiful Mind dan Moulin Rouge! terikat di tempat kedua dengan lapan pencalonan.[11][12]
Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Mac 24, 2002.[13] Selepas kemenangan Filem Terbaik untuk A Beautiful Mind, DreamWorks menjadi studio filem kedua untuk mengeluarkan tiga pemenang Filem Terbaik berturut-turut; studio itu sebelum ini mengeluarkan American Beauty dan Gladiator.[14] Denzel Washington merupakan orang Afrika-Amerika kedua untuk memenangi Pelakon Lelaki Terbaik selepas Sidney Poitier untuk filem 1963, Lilies of the Field.[8] Halle Berry menjadi orang Afrika-Amerika pertama untuk memenangi Pelakon Wanita Terbaik.[8]
Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal.[15]
Filem Terbaik | Pengarah Terbaik |
---|---|
|
|
Pelakon Lelaki Terbaik | Pelakon Wanita Terbaik |
|
|
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik |
|
|
Lakon Layar Asal Terbaik | Lakon Layar Adaptasi Terbaik |
|
|
Filem Animasi Terbaik | Filem Bahasa Asing Terbaik |
|
|
Filem Dokumentari Terbaik | Dokumentari Terbaik - Subjek Pendek |
|
|
Filem Pendek Aksi Terbaik | Filem Pendek Animasi Terbaik |
|
|
Skor Muzik Asal Terbaik | Lagu Asal Terbaik |
|
|
Suntingan Bunyi Terbaik | Bunyi Terbaik |
|
|
Arahan Seni Terbaik | Sinematografi Terbaik |
|
|
Solekan Terbaik | Rekaan Kostum Terbaik |
|
|
Suntingan Filem Terbaik | Kesan Visual Terbaik |
|
|
17 filem berikut menerima pencalonan berganda:
|
Empat filem berikut menerima anugerah berganda:
|