![]() | ||||||||
Nama lain | Viringo Peru Anjing botak Inka | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Peru | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing botak Peru,[a][1] viringo Peru, Peruvian Inca orchid, atau anjing Chimú ialah salah satu daripada beberapa baka anjing botak. Anjing botak Peru juga dipanggil "perro chino" yang diterjemahkan secara harfiah kepada "anjing cina" tetapi dianggap mempunyai maksud "anjing rumah" pula, kerana "china" ialah perkataan bahasa Quechua untuk "wanita".[2] Baka ini terdapat dengan pelbagai saiz dan warna, termasuk perang coklat, kelabu gajah, dan gangsa. Ia peka terhadap suhu ekstrem dan memerlukan penjagaan khusus oleh sebab kekurangan bulunya, termasuk perlindungan daripada cahaya matahari dan kesejukan. Dahulu, ia pernah dikaitkan dengan Empayar Inka dan secara rasmi diiktiraf sebagai sebahagian daripada warisan kebudayaan Peru.[3][4]
Menurut piawaian baka FCI, aspek paling penting bagi penampilannya ialah kebotakannya. Anjing botak kerap digunakan dalam penyelidikan untuk pengujian pelbagai keadaan seperti dermatitis dan keadaan lain berkaitan dengan imun.[5] Anjing ini mungkin mempunyai bulu pendek di atas kepalanya, di kakinya, dan di hujung ekornya. Di Peru, para pembiak baka cenderung memilih anjing yang sepenuhnya botak. Kulit dapat berwarna perang coklat, kelabu-gajah, tembaga, atau berbelak. Ia dapat sepenuhnya berwarna tunggal atau berwarna tunggal dengan tompok merah jambu lidah. Albinisme tidak diterima. Warna matanya berkaitan dengan warna kulit. Matanya sentiasa berwarna perang, tetapi anjing dengan warna cerah dapat mempunyai mata lebih jelas berbanding dengan anjing berkulit gelap. [6] [7]
Anjing botak Peru terdapat dalam tiga saiz:[8]
Berat juga berbeza-beza mengikut saiz:
Anjing ini patut langsing dan anggun dengan wajah kekuasaan dan keharmonian tanpa menjadi kasar.[6][7]
Telinganya hendaklah berbentuk api lilin dan tegak dengan kemungkinan untuk terbentang rata.[6][7]
Perkadaran ketinggian (pada paras kelasa) dengan panjang (kelasa ke pangkal ekor) ialah 1:1.[6][7]
Gen yang menyebabkan kebotakan juga sering menyebabkan bilangan gigi lebih rendah pada baka ini berbanding dengan pada baka lain, kebanyakannya kekurangan geraham dan geraham kecil.[9]
Trait kebotakan ialah mutasi maut ganda dominanTemplat:Neologism inline, yang bermaksud bahawa kebotakan homozigotik tidak wujud. Embrio homozigus, yang mempunyai dua salinan bagi gen itu, tidak berkembang di dalam rahim. Ini menghasilkan purata kadar kelahiran 2:1, botak:berbulu.[10]>Templat:Verification needed
Anjing botak Peru kerap dianggap sebagai anjing Inka kerana ia diketahui telah dibela semasa Empayar Inka (orang Sepanyol mengelaskannya sebagai salah satu daripada enam baka anjing berlainan di dalam empayar itu). Ia juga dibela sebagai haiwan peliharaan dalam kebudayaan pra-Inka dari zon pinggir laut utara Peru. Anjing botak seramik daripada kebudayaan Chimú, kebudayaan Moche, dan kebudayaan Vicus cukup terkenal. Gambaran anjing botak Peru muncul pada sekitar tahun 750 Masihi dalam bekas seramik Moche dan diteruskan dalam tradisi seramik Andes kemudiannya.[11][halaman diperlukan]
Anjing botak Peru kini merupakan lambang Peru dan sebahagian daripada warisan kebangsaannya, yang diraikan dalam kesenian dan kesusasteraan.[12] Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) menerima baka ini dan menerima pakai piawaian baka rasmi.[perlu rujukan]
Sebelum waktu itu, di Amerika Syarikat, sesetengah penggemar menghasilkan lagi satu jenis anjing botak Peru, iaitu Peruvian Inca Orchid atau orkid Inka Peru. Orkid Inka Peru diiktiraf oleh AKC dan semua anjing yang diiktiraf merupakan keturunan bagi 13 ekor anjing yang dibawa dari Peru pada awal abad ke-20.[perlu rujukan] UKC juga mengiktiraf baka ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini.[perlu rujukan]
Pada tahun 2018, analisis terhadap DNA daripada keseluruhan nukleus sel menunjukkan bahawa anjing memasuki Amerika Utara dari Siberia pada 4,500 tahun selepas manusia melakukannya, terasing selama 9,000 tahun berikutnya, dan selepas perhubungan dengan orang Eropah, anjing ini tidak lagi wujud kerana digantikan oleh anjing Eurasia. Anjing praperhubungan mempamerkan petanda genetik unik yang kini lenyap.[13]