![]() Seekor anjing Jindo | |||||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Anjing Jindo Jindo Korea Jindo | ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Korea Selatan | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Nama Korea | |
---|---|
Hangul | 진돗개 |
Hanja | 珍島개 |
Perumian Semakan | Jindotgae |
McCune–Reischauer | Chintotkae |
Nama alternatif | |
Hangul | 진도견 |
Hanja | 珍島犬 |
Perumian Semakan | Jindo-gyeon |
McCune–Reischauer | Chindo-kyŏn |
Anjing Jindo Korea, jindo Korea,[a] anjing Jindo, atau hanya jindo[b] ialah anjing peribumi[1][2] yang asli di Pulau Jindo di Korea Selatan.
Ia merupakan salah satu Khazanah Alam Semula Jadi Korea Selatan. Ia memiliki reputasi sebagai anjing setia dan pandai menjejaki benda.[3] Oleh sebab status terlindungnya di dalam Korea Selatan, hanya anjing yang lahir di Pulau Jindo boleh didaftarkan secara rasmi sebagai anjing Jindo oleh Pemerintah Korea Selatan selepas pemeriksaan.[4] Anjing ini didaftarkan sebagai baka oleh United Kennel Club pada 1 Januari 1998[5] dan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2005.[6][7]
Anjing Jindo ialah anjing jenis spits berlapis bulu ganda. Penampilan tajam dan berwaspada bagi anjing Jindo memberikan kesan kecerdasan, kekuatan, kesetiaan, dan ketangkasan. Ciri-ciri lain termasuk telinga tegak ke atas dan ke hadapan.
Pemilik anjing Jindo Korea secara tradisinya telah membahagikan anjing Jindo kepada dua jenis tubuh:
KNDA juga mengiktiraf jenis tubuh ketiga yang dipanggil gakgol yang merupakan gabungan beransur-ansur muncul daripada dua jenis tradisional tersebut, yang mengekalkan panjang tubuh pada hudu dan kedalaman dada pada tonggol.
Berkenaan dengan penampilan tubuh anjing Jindo, United Kennel Club buat masa ini menyatakan, "anjing Jindo dengan tubuh segi empat sama mempunyai dada yang sederhana dalam tetapi tidak terlalu lebar. Pada titik terdalamnya, dadanya mencapai paras siku ataupun betul-betul di atas paras siku. Brisketnya cukup terbentuk dan rusuknya cukup melengkung. Belakangnya kuat dan lurus dan loinnya cukup berotot, tegang, ramping, dan lebih sempit daripada sangkar rusuk. Terdapat banyak lipatan."[8]
Anjing Jindo terdapat dengan enam warna:
Sesetengah penghuni Pulau Jindo menghargai anjing Jindo hitam, hitam/merah, dan merah/putih sebagai pemburu bagus. United Kennel Club mengiktiraf enam warna lapis bulu berlainan: putih, merah rusa, serigala kelabu, hitam, hitam dan sawo matang, dan brindle (corak harimau belang).[9]
Kakinya bersaiz sederhana, berbentuk bulat, dengan tapak sawo matang yang tebal dan kuat. Kukunya keras dan mungkin hitam, krim, atau kelabu.
Ketinggian yang diingini pada kebalighan, yang diukur pada paras kelas, berjulat 19.5–21 inci (50–53 cm) untuk jantan dan 18.5–20 inci (47–51 cm) untuk betina.[11]
Beratnya patut berperkadaran dengan ketinggian, yang memberikan penampilan cukup berotot dan langsing tanpa kelihatan terlalu ringan atau terlalu berat. Julat tipikal berat untuk anjing Jindo jantan dalam keadaan baik ialah 40–60 paun (18–27 kg); untuk wanita, 35–55 paun (16–25 kg).
Ekornya tebal dan kuat dan terletak di hujung garis atas. Ekornya patut sekurang-kurangnya cukup panjang untuk mencapai sendi keting. Ekornya mungkin melingkar longgar-longgar di atas belakangnya atau terangkat ke atas belakang dalam kedudukan sabit. Bulu di bahagian bawah bagi ekor adalah tebal, kaku, lebat, dan dua kali lebih panjang daripada lapis bulu di bahu, yang menyebabkan bulunya bertebar ke arah luar apabila ekornya dinaikkan.
Anjing Jindo cukup terkenal kerana kesetiaannya dan sifat lembutnya. Oleh sebab anjing Jindo adalah aktif, ia memerlukan ruang hidup, sesi berjalan, penjagaan, dan perhatian yang sesuai. Terdapat juga persepsi jelas tentang tatatingkat keluarga.[12]
Ia mempunyai paras tenaga sederhana hingga tinggi. Jika dibela di laman, pagar mestilah sekurang-kurangnya setinggi 6 kaki oleh sebab tungkai belakang kuatnya yang membolehkannya melompat tinggi-tinggi. Oleh sebab anjing Jindo aktif dan cerdas, ia memerlukan interaksi kerap dengan orang atau anjing lain.
Pada tahun 1993, seekor anjing Jindo betina berusia 7 tahun bernama Baekgu (백구; 白狗; "Anjing Putih"), yang dibesarkan oleh Park Bok-dan (박복단), seorang wanita berusia 83 tahun di Pulau Jindo, dijual kepada pemilik baharu di bandar raya Daejeon yang terletak kira-kira sejauh 300 km (190 bt) dari pulau itu. Anjing itu melarikan diri dari rumah baharunya dan kembali kepada pemilik asalnya, Park, selepas tujuh bulan, dalam keadaan lesu dan letih. Baekgu kekal bersama pemilik asalnya, yang membuat keputusan untuk memelihara anjing setia itu, sehingga anjing itu mati secara semula jadi pada tujuh tahun kemudian. Kisah ini menjadi sensasi nasional di Korea Selatan dan dijadikan kartun, dokumentari televisyen, dan buku cerita kanak-kanak.[13] Pada tahun 2004, Kaunti Jindo mendirikan sebuah patung Baekgu di kampung halamannya untuk menghormati anjing itu.[14]
Seekor lagi anjing Jindo, juga bernama Baekgu, iaitu seekor jantan berusia empat tahun pada masa itu yang tinggal bersendirian dengan pemiliknya Park Wan-suh (박완서) yang tinggal di Pulau Jindo, tidak makan apa-apa dan meratapi pemiliknya yang telah meninggal dunia selama tujuh hari selepas pemiliknya meninggal dunia akibat penyakit hati pada Jun 2000.[15] Menurut Chosun Ilbo, anjing itu menemani pemiliknya yang telah meninggal dunia selama tiga hari sehingga orang lain menemukan jenazah, mengikuti pemiliknya ke pengebumiannya, dan pulang ke rumah, lalu tidak makan apa-apa selama empat hari. Institut Penyelidikan Anjing Jindo Korea (진돗개 시험연구소) mengambil alih penjagaannya, tetapi seseorang yang berkaitan dengan institut itu mengumumkan bahawa anjing itu tidak akan berinteraksi dengan sesiapa kecuali untuk pemberi makanan setakat tahun 2005.[16]
Anjing Jindo diselidik oleh Tamezo Mori, seorang profesor daripada Universiti Imperial Keijō pada Februari 1937 dan ia telah didaftarkan sebagai Khazanah Alam Semula Jadi ke-53 bagi 朝鮮總督府 (Pejabat Gabenor Jeneral Korea) pada Mei 1938.
Anjing Jindo berjaya bertahan di Korea di bawah pemerintahan Jepun pada antara tahun 1910 dengan tahun 1945 kerana ahli biologi Jepun mengiktiraf keserupaannya dengan anjing asli Jepun, manakala baka anjing lain Korea dibunuh oleh pihak Jepun.[17] Pada tahun 1962, Pemerintah Korea Selatan menetapkan anjing Jindo sebagai Khazanah Alam Semula Jadi ke-53 (atau diterjemahkan sebagai 'Monumen Semula Jadi') (천연기념물; 天然記念物),[18] lantas dilindungi bersama-sama dengan semua Khazanah Alam Semua Jadi yang ditetapkan di bawah Akta Perlindungan Warisan Kebudayaan pada tahun sama.[19] Oleh sebab status istimewa anjing Jindo, pengeksportan anjing Jindo Pulau Jindo tulen ke luar Korea adalah sangat sukar.[20] Anjing Jindo berarak dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 1988 di Seoul, Korea.
Persatuan Anjing Jindo Korea (Korea: 한국 진돗개 조합 ), setakat tahun 2008, mengeluarkan sijil ketulenan anjing Jindo Korea, yang menyatakan nombor pendaftaran bagi ibu, jantina, dan tarikh lahir anjing berkenaan, serta alamat pembiak baka, dan memperakui bahawa anjing berkenaan setulennya berasal dari Pulau Jindo.[21]
Anjing Jindo pertama kali muncul di Barat di Perancis, dan sebilangan kecil sejak itu telah diperkenalkan ke United Kingdom dan ke Amerika Syarikat, kedua-duanya secara rasmi dan oleh pendatang Korea. Anjing Jindo sebagai baka diiktiraf oleh United Kennel Club pada 1 Januari 1998.[22] Setakat tahun 2016, hanya terdapat dua ekor anjing Jindo berdaftar[23] di Amerika Syarikat: seekor di kawasan Los Angeles dan seekor lagi di Seattle. Terdapat 25 ekor anjing berdaftar di United Kingdom.[24]
Sebuah kajian pada tahun 2020 menunjukkan bahawa anjing Jindo dan anjing Asia Timur dan Asia Tenggara lain mengongsi sesetengah keleluhuruan bersama dengan anjing menyanyi New Guinea.[25] Anjing-anjing ini ditunjukkan dalam kajian sama ini sebagai anjing yang lebih berkaitan secara filogenetik antara satu sama lain berbanding dengan baka anjing lain yang dibiakbakakan secara terpilih, kebanyakannya mengandungi peratusan jauh lebih tinggi bagi susur galur Eropah moden.[26] Analisis DNA menunjukkan seekor lagi leluhur bersama pada sekitar 900 tahun lalu yang daripadanya anjing Donggyeong dan anjing Jindo Korea berpisah.[27]
Dalam analisis genomik bagi anjing Jindo, beberapa genotip DNA mitokondrion yang unik pada anjing Jindo dicatatkan.[28] Dalam kajian sama, genom DNA mitokondrion unik anjing Jindo dicerminkan dalam keserupaannya dengan anjing lain namun pada cawangan distingtif pada pokok filogenetik anjing berpeta.[29]
Di peringkat antarabangsa, anjing Jindo diiktiraf sepenuhnya oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan United Kennel Club.[6][30] Ia tergolong dalam Khidmat Ternakan Asasi dalam American Kennel Club, yang merupakan langkah pertama dalam mencapai pengiktirafan, dan dalam kategori Import bagi The Kennel Club.[31][32] Di negara asalnya, ia diiktiraf oleh Persekutuan Kenel Korea (Kelab Kenel Korea) dan pertunjukan khas anjing Jindo diadakan secara bermusim oleh kelab-kelan anjing Jindo tempatan.[33][34]
Dengan dorongan pemangsa kuat semula jadi,[35] anjing Jindo secara tradisinya digunakan oleh pelbagai penghuni Pulau Jindo untuk memburu haiwan buruan, termasuk rusa air dan babi hutan.[36] Pada zaman lebih moden, anjing Jindo biasanya dibela oleh manusia sebagai anjing teman setia dan anjing penjaga.[37] Tentera Korea diketahui menggunakan anjing Jindo sebagai anjing penjaga di pangkalan-pangkalan utama. Tambahan pula, anjing Jindo berwaspada mengikut naluri terhadap orang asing dan tidak mengambil makanan daripada sesiapa selain pemiliknya.[21]
Dalam temu bual tahun 2009 dengan The Korea Economic Daily (한국경제), Park Nam-sun (박남순), pakar pengendali anjing pencarian di Korea Selatan, memberikan keterangan bahawa anjing Jindo tidak sesuai sebagai anjing penyelamatan dan anjing pencarian. Ini adalah kerana naluri perburuan anjing Jindo adalah terlalu kuat, sehingga dapat melupakan misinya, dan ia biasanya memberikan kesetiaannya hanya kepada pemilik terlebih dahulu, manakala pengendali anjing pencarian dan anjing penyelamatan dapat kerap berubah.[38]
Pada tahun 2010, Son Min-suk (손민석), seorang ahli Forum Keselamatan Korea, menulis bahawa kebanyakan anjing ketenteraan Korea merupakan anjing gembala Jerman dan bahawa anjing Jindo tidak sesuai sebagai anjing ketenteraan kerana ia berkemungkinan besar melepaskan diri daripada tugasnya untuk mencari pengendali pertamanya, yang mungkin telah diberhentikan daripada perkhidmatan tentera, atau kembali ke rumah asalnya.[39]
Walau bagaimanapun, usaha untuk melatih anjing Jindo sebagai anjing pencarian dan penyelamatan diteruskan. Pada Oktober 2010, Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) mengumumkan hasrat mereka untuk menilai baka anjing Jindo untuk perkhidmatan penguatkuasaan undang-undang, khususnya untuk perkhidmatan rondaan dan pengesanan. Empat ekor anak anjing Jindo terpilih diedarkan kepada LAPD dan Jabatan Polis California Glendale untuk dilatih sebagai unit K9.[40] Selepas mencuba selama setahun, para jurulatih mendapati bahawa anjing-anjing itu tidak mempunyai pembawaan betul untuk kerja polis kerana anjing-anjing itu terlalu mudah terganggu dan terlalu bersemangat untuk menggembirakan tuan.[41]
|s2cid=
value (bantuan).
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Jindo Korea |