Ampersan, juga dikenali sebagai tanda dan, merupakan logogram& yang mewakili kata hubung "dan". Ia berasal daripada gabungan dua huruf dalam perkataan et, iaitu "dan" dalam bahasa Latin.[1]
Menurut Geoffrey Glaister dalam Glossary of the Bookcode: en is deprecated , istilah ampersan (bahasa Inggeris: ampersandcode: en is deprecated ) timbul daripada kerancuan ungkapan and per se andcode: en is deprecated yang bermaskud "aksara 'dan' sendiri adalah (perkataan) 'dan'". Simbol & terbentuk daripada gabungan huruf et, iaitu "dan" dalam bahasa Latin.[2]
Dalam bahasa Inggeris apabila membacakan ejaan, terdapat tradisi yang mana sebarang huruf yang juga boleh digunakan sebagai perkataan sendiri ("A", "I", dan, "O") disebut dengan ungkapan Latinper secode: la is deprecated ('dengan sendirinya'), misalnya "per se A" atau "A per se A".[3][4][5] Begitu juga, aksara &, apabila digunakan dengan sendirinya berbanding dengan bentuk yang lebih lanjutan seperti &c., disebut and per se andcode: en is deprecated .[6][7] Lama-kelamaan frasa and per se andcode: en is deprecated ini secara tabii terubah menjadi istilah ampersandcode: en is deprecated lalu memasuki kosa kata am bmahasa Inggeris pada tahun 1837.[4][8][9]
Tanda ampersan moden cukup seiras dengan tanda ampersan dalam huruf kecil Carolus. Tanda ampersan italik atau condong (kanan) pada asalnya adalah huruf kembar et yang muncul kemudian.
Contoh rupa ampersan berdasarkan tulisan tangan huruf epsilon tercoret
Ampersan boleh disusurgalurkan ke seawal abad ke-1 Masihi pada tulisan Rumi kursif lama, di mana huruf E dan T kadang-kadang ditulis secara terikat untuk membentuk satu huruf kembar [en] (Evolusi ampersan – rajah 1). Dalam tulisan Rumi kursif terbaharu yang lebih tercantum, terdapat bermacam-macam bentuk huruf kembar; rajah 2 dan 3 menggambarkan rupa huruf kembar et dalam bentuk tulisan ini dari pertengahan abad ke-4. Sepanjang perkembangan skrip Latin sehingga timbulnya "huruf kecil Carolus [en]" (abad ke-9), penggunaan huruf kembar mula berkurangan, tetapi huruf kembar et terus digunakan dan secara beransur-ansur menjadi lebih bergaya dan kurang ketara asal-usulnya (angka 4–6).[10]
Ampersan huruf condong moden merupakan suatu bentuk huruf kembar "et" yang berasal dari tulisan kursif yang tercipta pada zamanRenaissance. Selepas kemunculan percetakan di Eropah pada 1455, pencetak banyak menggunakan kedua-dua ampersan italik dan Rom. Memandangkan tanda ampersan berasal-usul pada zaman Rom, maka ia digunakan dalam banyak bahasa yang menggunakan tulisan Rumi.
Simbol ampersan pernah sering dihadirkan sebagai huruf terakhir abjad Latin, contohnya dalam senarai huruf Byrhtferð [en] dari tahun 1011.[11] Begitu juga, simbol & dianggap sebagai huruf ke-27 abjad Inggeris, seperti yang diajar kepada kanak-kanak di AS dan di tempat lain. Satu contoh boleh dilihat dalam buku pendidikan The Dixie Primer, for the Little Folkscode: en is deprecated karya M. B. Moore dari tahun 1863.[12]
Dalam tulisan tangan harian, tanda ampersan kadangkala dipermudahkan kepada bentuk seakan huruf epsilon kecil yang diperbesar (Ɛ) atau angka 3 terbalik dan ditindih oleh garis menegak. Ada kalanya juga ia ditulis seperti epsilon dengan garis menegak kecil atau titik di bahagian-bahagian atas dan bawahnya.
Tanda tambah + (sendiri berdasarkan huruf kembar et[13]) sering digunakan secara tidak rasmi sebagai ganti ampersand dan kadangkala ditambah satu gelung sehingga menyerupai "ɬ".
Dalam penghargaan (kredit) filem untuk penulisan cerita, lakon layar dsb., tanda & menandakan kerjasama yang lebih erat daripada dan. Tanda ampersan digunakan oleh Perseikatan Penulis Amerika (Writers Guild of America) untuk menandakan dua orang penulis bekerjasama mengusahakan satu skrip, dan bukannya seorang penulis menulis semula karya orang lain.
Dalam hal lakon layar, nama-nama penulis yang diikat dengan tanda & menandakan mereka mengusahakan skripnya bersama-sama, manakala yang diikat dengan perkataan and pula menandakan mereka mengerjakan skrip pada masa yang berbeza dan mungkin tidak pernah saling berunding sama sekali.[17][18] Dalam kes kedua, penulis terbabit menyumbang bahan signifikan yang cukup kepada lakon layar untuk menerima penghargaan tetapi tidak pernah bekerjasama. Akibatnya, kedua-dua & dan dan mungkin terpapar dalam penghargaan yang sama mengikut kesesuaian dengan proses penulisan.
Frasa et ceteracode: la is deprecated ("dan sebagainya"), biasanya ditulis sebagai etc. boleh disingkatkan sebagai &c. iaitu gabungan et + c(etera).
Ampersan boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa "dan" dalam item tersenarai adalah sebahagian daripada nama item dan bukan pemisah (cth "Rock, pop, rhythm & blues dan hip hop").
Ampersan masih boleh digunakan sebagai singkatan untuk "dan" dalam penulisan tidak formal tanpa mengira bagaimana "dan" digunakan.
Aksara ini dalam Unicode ialah U+0026&ERSAND (HTML &·&, &); ia diwarisi dari nilai sama dalam ASCII.
Selain daripada ini, Unicode juga mempunyai varian-varian berikut:
U+FE60﹠SMALL AMPERSAND (HTML ﹠· ideograf CJK lebar penuh (fullwidthcode: en is deprecated ) untuk tipografi Asia Timur)
U+FF06&FULLWIDTH AMPERSAND (HTML &· dalam blok Halfwidth and Fullwidth Forms [en])
U+214B⅋TURNED AMPERSAND (HTML ⅋· dalam blok Letterlike Symbols [en])
U+1F670🙰SCRIPT LIGATURE ET ORNAMENT (HTML 🙰)
U+1F671🙱HEAVY SCRIPT LIGATURE ET ORNAMENT (HTML 🙱)
U+1F672🙲LIGATURE OPEN ET ORNAMENT (HTML 🙲)
U+1F673🙳HEAVY LIGATURE OPEN ET ORNAMENT (HTML 🙳)
U+1F674🙴HEAVY AMPERSAND ORNAMENT (HTML 🙴)
U+1F675🙵SWASH AMPERSAND ORNAMENT (HTML 🙵)
Enam yang terakhir daripada senarai ini adalah pindahan daripada fon Wingdings [en] dan hanya bertujuan untuk keserasian ke belakang dengan fon tersebut.
Pada papan kekunci QWERTY, ampersan dihasilkan dengan menekan ⇧ Shift+7. Simbol ampersan hampir selalu tersedia pada susun atur papan kekunci, kadangkala pada ⇧ Shift+6 atau ⇧ Shift+8. Pada papan kekunci AZERTY, & adalah kuncian tunggal yang terletak di atas A.
Dalam URL, ampersand mesti digantikan dengan %26 apabila mewakili aksara rentetan untuk mengelak daripada tertafsir sebagai aksara sintaks URL.
Pada abad ke-20, berikutan perkembangan logik formal, simbol ampersan dijadikan tatatanda logik yang lazim digunakan untuk operator dedua (binari) atau penghubung ayatAND. Penggunaan ini telah diterima pakai dalam pengkomputeran.
Banyak bahasa dengan sintaks yang diturunkan daripada C, termasuk C++, Perl,[19] dan banyak lagi membezakan antara:
& untuk bitwise AND. (4 & 2) adalah sifar, (4 & 5) adalah 4.
&& untuk short-circuit logical AND. (4 && 2) adalah benar.
Dalam C, C++,[20] dan Go,[21] awalan & adalah operator sesatu (unari) yang menandakan alamat dalam memori argumen, misalnya &x, &func, &a[3].
Dalam C++ dan PHP, awalan unari & sebelum parameter formal bagi sesebuah fungsi menandakan hantaran menerusi rujukan (pass-by-referencecode: en is deprecated ).[22][23]
Dalam Pascal, & sebagai aksara pertama bagi sesuatu pengenal pasti (identifiercode: en is deprecated ) menghalang pengkompilasi (compilercode: en is deprecated ) daripada menanggap pengenal pasti itu sebagai kata kunci.
Dalam Fortran, tanda ampersan memaksa pengkompilasi untuk menganggap dua baris sebagai satu. Ini tercapai dengan meletakkan ampersan di akhir baris pertama dan di awal baris kedua.[24]
Dalam MySQL, & mempunyai dua peranan. Di samping logik AND, ia juga berfungsi sebagai pengendali bitwise bagi persimpangan antara elemen.[25]
Dalam SGML, XML dan HTML, ampersand digunakan untuk menyatakan entiti SGML, seperti (untuk jarak yang tidak pecah) atau α (untuk huruf Yunani α). Pengekodan HTML dan XML untuk aksara ampersand ialah entiti &.[26] Ini boleh menimbulkan masalah percanggahan penentu had (delimiter collisioncode: en is deprecated ) apabila teks ditukar kepada mana-mana bahasa penanda tersebut. Contohnya, apabila kita meletakkan URL atau sebarang bahan yang mengandungi ampersan ke dalam fail format XML seperti fail RSS, tanda & mesti digantikan dengan & kerana jika tidak ia akan dianggap tidak terbentuk dengan baik, dan komputer tidak akan dapat membaca fail dengan betul. Kegunaan ini diperoleh oleh SGML daripada IBM Generalized Markup Language yang merupakan salah satu daripada banyak bahasa kerangka utama IBM untuk menggunakan ampersand untuk menandakan penggantian teks, dan akhirnya menyusul kembali kepada bahasa himpunan makro System/360.
Dalam bahasa penanda TeX biasa, ampersan digunakan untuk menandakan hentian tab (tabstopcode: en is deprecated ). Ampersan itu sendiri boleh digunakan dalam TeX dalam bentuk \& . Fon-fon Computer Modern menggantikan ampersan dengan simbol "E.T." dalam fon cmti# (text italic), jadi ia boleh diinputkan sebagai {\it\&} dalam penjalanan teks apabila menggunakan fon lalai (Computer Modern).[27]
Dalam Microsoft Windows, ampersan digunakan pada menu, label dan lain-lain kapsyen untuk menandakan huruf seterusnya sebagai pintasan papan kekunci (yang dipanggil Access keycode: en is deprecated oleh Microsoft). [28] Contohnya menetapkan label butang kepada "&Print" menjadikan butang itu terpapar sebagai Print dengan kombinasi Alt+P sebagai pintasan kekunci yang bersamaan dengan menekan butang tersebut. Untuk memaparkan ampersan dengan betul, kita perlu menginputkan ampersan berganda &&. Konvensyen ini berasal dari API WIN32 yang pertama, malah digunakan dalam Windows Forms,[28] (tetapi bukan WPF yang sebaliknya menggunakan tanda garis bawah _ untuk tujuan ini) bahkan juga ditiru ke dalam banyak set peralatan (toolkitcode: en is deprecated ) lain pada berbilang sistem pengendalian. Kadangkala ini menyebabkan masalah yang seakan-akan program lain yang gagal memperkemas penanda daripada input pengguna, contohnya pangkalan data Navision menghadapi masalah jika aksara ini terdapat dalam medan "Teks" atau "Kod".
Sintaks URL generik membenarkan rentetan pertanyaan [en] dilampirkan pada nama fail dalam alamat web supaya maklumat tambahan boleh dihantar ke skrip. Tanda tanya? digunakan untuk menunjukkan permulaan rentetan pertanyaan.[29] Rentetan pertanyaan biasanya terdiri daripada beberapa pasangan nilai–nama [en] yang berbeza, setiap satu dipisahkan oleh simbol ampersan, &. Contohnya, http://www.example.org/list.php?order=ascending&year=2024.
^Glaister, Geoffrey Ashall (1960). Glossary of the Book. London: George Allen & Unwin. cited in Caflisch, Max. "The ampersand". Adobe Fonts. Adobe Systems. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2013. Dicapai pada 23 December 2012.