Ain Maisarah | |
---|---|
Kelahiran | Ain Maisarah binti Daliman 5 Mac 1982 [1] |
Warganegara | ![]() |
Pendidikan | TESL, |
Pusat pendidikan | Universiti Darul Iman Malaysia |
Pekerjaan | Penulis dan Penerbit |
Majikan | Blink Book Sdn. Bhd. |
Kampung asal | Senai, Johor |
Pasangan | Tuan Syaizul Amal |
Anak-anak | Aryan Shah bin Syaizul Amal, Ammar Shah bin Syaizul Amal, Altaf Shah bin Syaizul Amal |
Laman web rasmi | www.ainmaisarah.com |
Ain Maisarah Binti Daliman (lahir 5 Mac 1982) ialah seorang penulis yang berjaya di Malaysia.[2] Beliau menetap di Kuala Lumpur. Buku pertama beliau yang mencetuskan kerjayanya sebagai penulis berjudul Aku Mahu Popular. Buat masa ini, buku yang sudah ditulis oleh beliau sebanyak 111 buah. Kebanyakan buku beliau telah menjadi best seller dalam carta jualan buku PTS. Malah, buku-buku beliau sekarang sedang diusahakan untuk diadaptasi menjadi telefilem dan drama.
Selain itu, beliau juga mempunyai siri buku yang tersendiri. Antara siri terawal beliau seperti siri Aku Mahu dan siri Impiana. Setiap siri tersebut mempunyai jalan cerita tersendiri tetapi tetap mempunyai persamaan dari segi latar tempat asal iaitu Sekolah Sri Bangsar.
Setelah beberapa tahun dalam bidang penulisan, beliau diberi kepercayaan untuk mengendalikan syarikat penerbitan buku beliau yang tersendiri iaitu Blink Book Sdn. Bhd. bermula tahun 2011. Kini, buku-buku lama terbitan PTS One dan PTS Syok telah ditukar muka depan bukunya supaya sinonim dengan buku-buku lain untuk dijadikan bawah penerbitan Blink Book Sdn. Bhd.
Siri Aku Mahu
Siri Impiana
Siri Novel Selebriti
Siri Gosip Sri Bangsar
Siri Projek Ain Maisarah
Siri Dongeng Sri Bangsar
Siri Hero Sri Bangsar
Siri Jutawan
Siri Lawak Sekolah
Siri Mr. Right
Siri Lawak Hero
Siri Lawan
Siri Running Star
Siri OMG!
Siri Seram
Siri Cinta
Siri Hantu Mahu
Siri Bijak Bicara
Siri Dahsyatnya UPSR
Siri Ustazah Sentap
Siri Terbitan 2023
Siri Mr. Right
Siri OMG!
Siri Seram