Dame Agatha Christie, DBE
Nama penaMary Westmacott
PekerjaanNovelis
WarganegaraBritain
GenreMisteri pembunuhan, Debaran, Cereka jenayah, Romantik
Pergerakan sasteraGolden Age of Detective Fiction
PasanganArchibald Christie (1914–1928)
Max Mallowan (1930–1976)
Tandatangan
Fail:Agatha Christie Signature.svg
Laman web
http://www.agathachristie.com

Dame Agatha Christie DBE (15 September 1890 – 12 Januari 1976), adalah seorang penulis novel jenayah, cerpen dan drama Inggeris. Belaiu juga menulis novel romantik di bawah nama Mary Westmacott, tetapi paling terkenal dengan 80 buku novel detektif dan kejayaan drama teater West Endnya. Karyanya yang khususnya memaparkan watak detektif Hercule Poirot dan Miss Jane Marple telah memberinya gelaran 'Ratu Jenayah' dan membuatnya salah seorang pengarang yang terpenting dan inovatif dalam perkembangan genre ini.

Christie telah dirujuk oleh Guinness World Records sebagai pengarang buku jualan terbaik sepanjang zaman dan pengarang jualan terbaik dari apa-apa jenis, bersama dengan William Shakespeare. Hanya kitab Bible dikenali telah menjual lebih daripada jualan kutipannya sebanyak lebih kurang empat bilion salinan naskhah novel.[1] Beliau juga dianggap menurut UNESCO sebagai penulis yang paling banyak diterjemahkan karya-karyanya selepas karya-karya korporat kolektif milik Walt Disney Productions.[2] Buku-buku Christie telah diterjemahkan ke dalam lebih kurang 56 bahasa.

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Agatha Mary Clarissa Miller lahir pada 15 September 1890 di Torquay, Devon. Beliau anak bongsu dari tiga adik-beradik[nota 1] kepada suatu keluarga kelas pertengahan atas; ayahnya Frederick Alvah ("Fred") Miller anak jati New York kepada seorang saudagar barangan kering manakala ibunya Clarissa Margaret ("Clara") Boehmer,[3]:1–4[6][7][8] anak seorang janda Dublin kepada seorang pegawai Tentera Darat British.[9]

Ayahnya dikatakan Agatha sendiri seorang berperwatakan disukai ramai.[10]

Kerjaya penulisan

[sunting | sunting sumber]

Pernikahan pertamanya yang tidak bahagia terjadi pada 1914 dengan Kolonel Archibald Christie, seorang penerbang dalam Korps Penerbang Kerajaan Inggris ("Royal Flying Corps"). Pasangan ini mempunyai seorang putri, Rosalind Hicks dan bercerai pada 1928.

Pada masa Perang Dunia Kedua, beliau bekerja sebagai seorang pakar farmasi, pekerjaan ini sedikit sebanyak memengaruhi jalan cerita banyak karyanya melibatkan peracunan sebagai pendorong mula cerita.

Pada Disember 1926 beliau menghilang selama sebelas hari dan menimbulkan suatu keributan di kalangan pers. Mobilnya ditemukan dibiarkan kosong di sebuah lubang kapur. Beliau akhirnya ditemukan sedang tinggal di sebuah hotel di Harrogate, di mana beliau mengatakan bahawa beliau telah mengalami amnesia yang disebabkan gangguan urat saraf setelah kematian ibunya dan masalah dalam perkawinan pertamanya. Ada yang berpendapat bahawa ini hanyalah sebuah aksi publisitas saja.

Pada 1930 beliau menikah dengan Sir Max Mallowan, seorang ahli arkeologi Inggris, dan perjalanannya bersama suaminya ke Timur Tengah memberinya ide untuk beberapa latar belakang novel-novelnya. Novel-novel lainnya mengambil lokasi di Torquay, Devon, tempat ia dilahirkan.

Sandiwara panggungnya "The Mousetrap" memegang rekor sebagai sandiwara dengan masa putar terpanjang di London—sejak dimulai pada 25 November 1952 hingga sekarang telah diputar lebih dari 20.000 kali.

Pada 1971 beliau dianugerahkan pingat "Commander of the British Empire" dengan gelaran Dame.

Senja hidup

[sunting | sunting sumber]

Christie meninggal dunia sakit tua pada usia 85 tahun tanggal 12 Januari 1976 di kediaman Winterbrook House beliau.[11][12] Dua pementasan West End yang melangsungkan pementasan adaptasi karya-karya beliau ada ketika itu turut memberikan penbhormatan umum kepada beliau saat berita ini dikhabarkan.[13]:373

Mayat beliau dikebumikan di tanah perkuburan gereja St Mary's, Cholsey di suatu tapak dipilih bersama suaminya sedekad lepas. Majlis pengebumian ini diliputi 20 pihak akhbar dan TV seluruh dunia dari sejauh Amerika Selatan. 30 kalungan bunga dihadiahkan pada majlis ini termasuk dari barisan pelakon The Mousetrap dan dari pihak penerbit Ulverscroft Large Print Book Publishers.[14]

Peninggalan

[sunting | sunting sumber]

Pada 1968, suatu subsidiari konglomerat agri-industri Booker-McConnell bernama Booker Books telah membeli 51 peratus saham dalam Agatha Christie Ltd. iaitu sebuah syarikat swasta yang diasaskan Christie untuk tujuan cukai. Booker kemudian menambah sahamnya ke 64 peratus. Pada 1998, Booker menjual sahamnya kepada Chorion, sebuah syarikat yang portfolionya juga termasuk menjaga estet sastera Enid Blyton dan Dennis Wheatley.[15]

Pada 2004, satu cerita 5,000 perkataan berjudul "The Incident of the Dog's Ball" telah dijumpai dalam loteng rumah seorang anak perempuan Christie. Ia telah diterbitkan di Britain pada September 2009. Pada 10 November 2009, Reuters mengumumkan bahawa cerita itu akan diterbitkan oleh The Strand Magazine.[16]

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Novel

[sunting | sunting sumber]
Karya bersama
Karya di bawah nama Mary Westmacott

Himpunan cerita pendek

[sunting | sunting sumber]

Nota

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Beliau anak ketiga hasil perkahwinan selepas Margaret Frary ("Madge" lahir 1879)[3]:6[4] dan Louis Montant ("Monty", lahir 1880).[5]

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Michael Fleming, Agatha Christie gets a clue for filmmakers Variety
  2. ^ "Statistics on whole Index Translationum database". UNESCO. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-28. Dicapai pada 2008-05-14.
  3. ^ a b Morgan, Janet P. (1984). Agatha Christie: A Biography. London: HarperCollins. ISBN 978-0-00-216330-9. Dicapai pada 8 March 2015.
  4. ^ Birth Certificate. General Register Office for England and Wales, 1879 March Quarter, Newton Abbot, volume 5b, page 162.
  5. ^ "Births". London Evening Standard. 26 June 1880. m/s. 1.
  6. ^ Marriage Register. St Peter's Church, Bayswater [Notting Hill], Middlesex, 1878, No. 399, p. 200.
  7. ^ Birth Certificate. General Register Office for England and Wales, 1890 September Quarter, Newton Abbot, volume 5b, page 151. [Christie's forenames were not registered.]
  8. ^ Baptism Register. Parish of Tormohun, Devon, 1890, No. 267, [n.p.].
  9. ^ Goff, Gerald Lionel Joseph (1891). Historical records of the 91st Argyllshire Highlanders, now the 1st Battalion Princess Louise's Argyll and Sutherland Highlanders, containing an account of the Regiment in 1794, and of its subsequent services to 1881. R. Bentley. m/s. xv, 218–219, 322.
  10. ^ "Obituary. Dame Agatha Christie". The Times. 13 January 1976. m/s. 16. 'My father,' she [Christie] recalled, 'was a gentleman of substance, and never did a handsturn in his life, and he was a most agreeable man.'
  11. ^ "1976: Crime writer Agatha Christie dies". BBC on this Day. 12 January 1976. Dicapai pada 30 October 2019.
  12. ^ "Deaths". The Times. 14 January 1976. m/s. 26.
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :16
  14. ^ Yurdan, Marilyn (2010). Oxfordshire Graves and Gravestones. Stroud: The History Press. ISBN 9780752452579.
  15. ^ Agatha Christie - The Queen of Crime Chorion
  16. ^ Burton Frierson (2009-11-10). "Lost Agatha Christie story to be published". Reuters. Dicapai pada 2009-11-11.
  17. ^ Fitzgibbon 1980, m/s. 83.
  18. ^ Fitzgibbon 1980, m/s. 91–92.
  19. ^ Fitzgibbon 1980, m/s. 93.
  20. ^ Fitzgibbon 1980, m/s. 89–90.
  21. ^ a b Fitzgibbon 1980, m/s. 94.
  22. ^ Fitzgibbon 1980, m/s. 92.
  23. ^ Fitzgibbon 1980, m/s. 87.
  24. ^ Fitzgibbon 1980, m/s. 88.
  25. ^ Fitzgibbon 1980, m/s. 89.
  26. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama harpercollins.com.au
Sumber utama

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Rencana

[sunting | sunting sumber]

Buku

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wikisource
Wikisource

Templat:Agatha Christie