- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 40. Bagi kegunaan lain, sila lihat 40 (nombor).
40 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.
- Vardanes I menjadi raja Parthia, dan ditentangi oleh abang (atau adiknya), Gotarzes II.
- Trung bersaudari dari Vietnam memberontak terhadap pemerintahan Maharaja Guangwu dari Han di China.
- Maharaja Caligula menjadi konsul tanpa konsul bersama.
- Maharaja Caligula memulakan sebuah kempen ketenteraan untuk manaklukkan Britain, tetapi gagal dengan teruk.
- Noricum dan Mauretania digabungkan ke dalam Empayar Rom.
- Maharajas Caligula menjadikan empayarnya sebagai sebuah autokrasi keyunanian. Baginda memberikan kurniaan dengan sewenang-wenangnya, mengisytiharkan diri sebagai dewa, dan menitahkan bahawa semua kepala arca Yunani digantikan dengan arca kepalanya. Selain itu, Caligula juga menjadikan kudanya sebagai senator.
- Agama Kristian diperkenalkan ke Mesir apabila sebuah gereja diasaskan di Alexandria. Mark si Mubaligh, sebagai paus pertama, mengasaskan Gereja Ortodoks Qibti.
- Gereja Kristian awal dibina di Corinth (tarikh yang paling mungkin).
- Pesach, perayaan Yahudi, diterimaguna oleh penganut-penganut Kristian dan dinamai semula sebagai Easter.
- Philo mengajar bahawa semua orang dilahirkan bebas.
- Januari - Gnaeus Domitius Ahenobarbus, suami Agrippina si Lebih Muda, dan abang (atau adik) ipar Maharaja Caligula (akibat dropsi).
- Ptolemy dari Mauretania (dihukum mati oleh Caligula)
- Philo dari Alexandria, ahli falsafah Yahudi