Zulkifli M. Osman | |
---|---|
Pekerjaan | Pelakon, pengarah filem |
Tahun aktif | 1975–kini |
Ibu | Afida Es |
Bapa | M. Osman |
Saudara | Aziz M. Osman (abang) |
Dato' Zulkifli M. Osman merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia. Beliau merupakan adik kepada pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman.
Zulkifli ialah anak kepada penyanyi veteran Allahyarham M. Osman dan pelakon veteran Afida Es.[1] Anak kedua beliau, Puteri Nur Farra turut bergiat aktif dalam bidang seni sebagai penyanyi.[2] Mendapat pendidikan awal di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, ITM Shah Alam dalam jurusan Diploma in Business Studies dan Kolej Teknologi MEA Diploma In Directing Coordination.
Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1975 menerusi filem Sayang Anakku Sayang arahan Datuk Jamil Sulong dibawah penerbitan Shaw Brothers dan menerusi filem Loceng Maut pada 1976 arahan Nas Achnas. Aktif dalam rancangan radio dan drama terbitan RTM semasa era kanak kanak lagi. Antaranya drama radio popular No 5 Persiaran satu dan Drama bersiri Opah.Mengikut langkah abangnya Aziz yang menduduki kerusi sutradara, pada 1990, Zulkifli mengarahkan filem cereka pertamanya Mira Edora yang dibintangi oleh Julia Rais. Beliau seterusnya mengarahkan beberapa filem yang menerima kejayaan komersial seperti Suci Dalam Debu (1992), Kekasih Awal Dan Akhir (1993) dan Diari Romeo (2003). Pernah memenangi anugerah drama terbaik dalam anugerah skrin melalui drama Jutawan Segera dan drama komidi terbaik anugerah skrin melalui drama Badrul Oh Rahul.
Pada 2016, Zulkifli kembali mengarah dengan filem terbaru arahannya Misi Operasi X yang kini dalam penerbitan.[3] Mendapat penganugerahan darjah Dato Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada 2015 dan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran dato'.
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1976 | Loceng Maut | |
1981 | Setinggan | Zul |
1994 | Femina |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1990 | Mira Edora | |
Suci Dalam Debu | ||
1992 | Sahabat | |
1993 | Kekasih Awal Dan Akhir | |
Rimba Malam | ||
1995 | Suratan Kasih | |
1996 | Cinta Metropolitan | |
1998 | Putera | Juga sebagai penulis |
Badai Mantera | ||
2003 | Diari Romeo | |
2004 | Bisikan Remaja | |
2007 | Cinta Yang Satu | |
2012 | Gentayangan | |
2019 | Misi Operasi X | |
2022 | Kedai Antik Wak Jambi |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Diva Popular | Awesome TV | Penampilan khas |