Zahirah MacWilson | |
---|---|
Kelahiran | Nur Zahirah MacWilson binti Zainol Johari MacWilson 1 Februari 1995 |
Pendidikan | Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia |
Pusat pendidikan | Universiti Curtin, Perth, Australia |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2015–kini |
Ketinggian | 1.73 m (5 ka 8 in) |
Pasangan | Aiman Hakim Ridza (k. 2020) |
Anak-anak | Isaac Raees |
Ibu bapa | Zainol Johari MacWilson (Bapa) Maslinda Yusoff (Ibu) |
Saudara | Zulaikha MacWilson (adik) Haziq MacWilson (adik) Zahra MacWilson (adik) |
Nur Zahirah MacWilson binti Zainol Johari MacWilson (lahir 1 Febuari 1995) adalah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1]
Zahirah dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia serta mempunyai darah campuran British di sebelah bapanya dan Melayu di sebelah ibunya. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Bapanya ialah Zainol Johari MacWilson yang merupakan bekas penyampai berita TV3[2][3] dan ibunya ialah Maslinda Yusoff. Zahirah berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin di Perth, Australia.
Memulakan kerjaya awalnya sebagai model pada usia 10 tahun ketika di meja sekolah, Zahirah memulakan kerjaya lakonan profesional pada 2005 menerusi drama orientasi remaja Dunia Generasi Baru dengan memegang watak Zahar, diikuti oleh watak Dr. Katrina dalam HidayahMu Ramadan. Namanya mula menjadi perhatian ramai selepas membintangi drama Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad, Zahirah memegang watak Annisa. Drama ini mengisahkan perjalanan cinta antara Anissa dan Hisham, Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti.
Kejayaan seterusnya dikecapi oleh Zahirah ialah menerusi gandingannya bersama Shukri Hashim menerusi drama Cik Cinderella dan Encik Tengkuk memegang watak Puteri Nura. Beliau kembali menjayakan wataknya dalam telefilem khas Aidilfitri, Cik Cinderella dan Encik Tengkuk Raya.
Zahirah memegang watak Athea Irdeena dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu bersama Syafiq yang bersiaran di Astro Ria, menggantikan Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose. Zahirah kemudiannya membintangi drama adaptasi novel karya Emy Roberto, Jangan Benci Cintaku bersama Saharul Ridzwan yang bersiaran di TV3 dengan memegang watak Rafeeqa Huda.[4]
Zahirah membintangi filem sulung lakonannya, Bulan dan Waria Terhebat arahan Ghaz Abu Bakar, di mana beliau memegang watak sebagai Bulan,[5] pelatih pasukan tentera khas Indonesia menjejaki sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati (dilakonkan oleh Aprena Manrose) yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia. Untuk menjayakan watak Bulan, Zahirah mempersiapkan dirinya dengan berlatih menggunakan senjata sebelum ke set penggambaran.[6]
Sekitar 2015, beliau menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Zul Ariffin, namun hubungan cinta mereka telah berakhir pada 2018.[7][8]
Pada Disember 2018, beliau dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza ketika sama-sama membintangi drama Curi-Curi Cinta,[9] dan mengesahkan hubungan mereka.[10][11] Zahirah dan Aiman bertunang pada 8 Jun 2019 di Perth, Australia.[12][13][14] Pasangan ini telah disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020.[15][16]
Adiknya, Haziq bergiat aktif dalam kelab bola sepak Australia.[17]
Zahirah dan Aiman dikurniakan cahayamata sulung, Isaac Raees.[18]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Saga Berterusan | Inspektor Eva | Filem pendek |
#ER3 Ertiga | |||
2020 | Bulan dan Pria Terhebat | Bulan | |
2024 | Harimau Malaya: The Untold Story | Pos produksi |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Dunia Generasi Baru | Zahra | TV9 | Drama pertama |
HidayahMu Ramadan | Dr. Katrina | TV3 | ||
Mencintaimu | Anissa | |||
Cik Cinderella dan Encik Tengku | Puteri Nuraisha | |||
Tanah Kubur (Musim 14) | Sally | Astro Oasis | Episod: "Tanah Kubur" | |
2016 | Demi Cinta Ain | Mawar | TV3 | |
2017 | Cucu Tauke Beras | Irsya Suhaila | ||
Duda Pujaan Dara | Ainee Marwah | Astro Ria | ||
2018 | Mr. London Ms. Langkawi | Milah | Astro Warna | |
Tak Ada Cinta Sepertimu | Athea Irdeena | Astro Ria | ||
Jangan Benci Cintaku | Rafeeqa Huda | TV3 | ||
Cinta Koko Coklat | Damia | NTV7 | ||
2019 | Curi-Curi Cinta | Intan Raihana | Astro Ria | |
Rindu Yang Terlarang | Ainnura | |||
2021 | Semanis Senyumanmu | Zaza | TV3 & Disney+ Hotstar | |
2022 | La Luna | Luna | TV2 | |
Tiada Maaf Buatmu | Aina Cempaka | Astro Ria | ||
2023 | Metro Crimes Series: Siapa Lelaki Itu? | Fatema Umar | Tonton | |
Entitled | Tasya | Prime Video |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Lima Kali Cinta | TV3 | |
Husin Peninglah | Sara | TV9 | |
2016 | Aisha & Projek Dapur Ramadan | Aisha | |
Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya | Puteri Nuraisha | TV3 | |
Cik Oxford Mr Mesir | Iris | Astro Ria | |
DORM | Izara | ||
Oh Speak English Please | Sally | ||
Aku Kata A, A! | Aida | TV3 | |
2017 | Miss Ustazah | Cikgu Nabilah | TV1 |
Ghazal Yang Hilang | Zahra | ||
2018 | Mentari | Mentari | TV3 |
Secarik Kasih Mama | Rozie | TV Okey | |
2022 | Jangan Masuk Rumahku | Lina | Astro Ria |
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Aktres Pilihan | Dunia Generasi Baru | Tercalon | |
Pasangan Pilihan (bersama Fadlan Hazim) | Tercalon | |||
Selebriti Wanita Paling Seksi | — | Tercalon | ||
Personaliti Fesyen Melodi | Tercalon | |||
2018 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | ||
Pasangan Serasi Drama (bersama Kamal Adli) | Tercalon | |||
Artis Sensasi Popular | Tercalon |