Yoon Bo-mi | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Yoon Bo-mi (윤보미) |
Kelahiran | Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan | 13 Ogos 1993
Genre | K-pop |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2011 - sekarang |
Syarikat rakaman | Plan A Entertainment |
Pengkarya berkait | Apink |
Yoon Bo-mi (Hangul: 윤보미; Hanja: 尹普美; lahir 13 Ogos 1993), lebih dikenali sebagai Bomi ialah seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan wanita Korea Selatan, Apink.
Yoon Bo-mi dilahirkan di Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan pada 13 Ogos 1993.[1] Beliau mempunyai seorang kakak, Yoon Sun-mi dan seorang adik lelaki, Yoon Jong-jin.[2] Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Perempuan Youngshin dan kemudiannya Sekolah Tinggi Seni Korea dimana beliau menamatkan pembelajaran pada bulan Februari 2012.
Bo-mi dan Kim Nam-joo diperkenalkan sebagai ahli kumpulan, Apink melalui rancangan realiti, Apink News.[3]
Pada tahun 2012, Bomi membuat penampilan kameo sebagai Moon Jung-mi sewaktu muda dalam episod 9 drama tvN, Reply 1997 yang dibintangi rakan sekumpulan, Jung Eun-ji.[4] Beliau juga menjadi pengacara dalam rancangan varieti, Weekly Idol dari 17 Julai 2013[5] sehingga 8 Julai 2015.[6] Pada lewat tahun 2013, beliau muncul dalam video muzik K-Hunter untuk lagu "Marry Me" dan tampil dalam lagu M.I.B, "Let's Talk About You".[7][8]
Beliau telah dipilih untuk rancangan varieti, The Human Condition pada tahun 2014[9] dan muncul dalam istimewa wanita Real Men pada awal tahun 2015.[10][11] Pada tahun 2015, beliau ditampilkan dalam lagu David Oh, "I Know, I Know", dikeluarkan pada 11 Mei,[12] dan pada 16 Jun, mengeluarkan lagu duet bersama Im Seulong bertajuk "Lovely" untuk rancangan varieti, Some Guys, Some Girls.[13] Beliau kemudiannya ditampilkan dalam lagu Yoon Hyun-sang, "Let's Eat Together" yang dikeluarkan pada 24 September. Beliau juga membintangi video muzik lagu ini.[14]
Pada bulan September 2015, beliau telah dipilih untuk drama web KBS, Love Detective Sherlock K sebagai Yuna.[15] Yoon dan Kim muncul dalam Sugar Man sebagai Apink BnN pada 20 Oktober.[16] Dalam episod terakhir Weekly Idol pada tahun 2015, Yoon menjadi pengacara tetamu keempat. Pada bulan Januari, Yoon dan Kim berada dalam perbincangan untuk menjadi pengacara baru Tasty Road 2.[17]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
2012 | Reply 1997 | Moon Jung-mi muda | tvN |
2015 | Love Detective Sherlock K | Yuma | Naver |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
2012 | 1 vs. 100 | Tetamu | KBS2 |
2012-2014 | Crisis Escape No. 1 | Tetamu | KBS2 |
2013-2015 | Weekly Idol | Tetamu | MBC Every 1 |
2013-2015 | Running Man | Tetamu | SBS |
2014 | Human Condition | Ahli | KBS2 |
2014-2015 | Show! Music Core | Pengacara | MBC |
2014 | Star King | Tetamu | SBS |
2015 | Real Men | Ahli | MBC |
2015 | Great Expectations | Tetamu | MBC |
| |||||
Album studio |
| ||||
Album istimewa |
| ||||
Album mini |
| ||||
Single |
| ||||
Topik berkenaan | |||||
|