Woo!ah! | |
---|---|
![]() Woo!ah! pada bulan Ogos 2021 Dari kiri ke kanan: Lucy, Wooyeon, Nana, Sora dn Minseo | |
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | K-pop |
Tahun aktif | 2020 | —sekarang
Syarikat rakaman | SSQ Entertainment |
Laman sesawang | Laman sesawang rasmi |
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Woo!ah! (/wuɑː/; wuu-AH; Hangul: 우아! ; RR: Ua!; digayakan semua huruf kecil, kadangkala digayakan sebagai WOOAH)[1] adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh SSQ Entertainment (dahulu NV Entertainment) pada tahun 2020.[2] Kumpulan ini mempunyai lima orang ahli iaitu Nana, Wooyeon, Sora, Lucy, & Minseo. Kumpulan ini debut pada 13 Mei 2020 dengan album single pertama mereka Exclamation. Songyee meninggalkan kumpulan ini pada bulan Ogos 2020 kerana alasan peribadi.
Pada 20 Mac 2020, kumpulan wanita Woo!ah! diumumkan & didedahkan akan dibentuk oleh pengarah NV Entertainment, Han Ji-seok & CEO Kim Kyu-sang. Han adalah pakar hiburan di luar negara & pernah bekerja di SM Entertainment & Kakao M, sementara Kim adalah pengarah kreatif & telah menghasilkan & mengarahkan banyak artis yang mewakili Korea.[3]
Pada 24 April, jadual perilisan untuk album single pertama mereka Exclamation dikeluarkan.[4] Selepas itu, teaser gambar dan teaser solo filem untuk para ahli dikeluarkan dalam urutan: Wooyeon,[5] Minseo,[6] Lucy,[7] Songyee,[8] Sora[9] dan Nana.[10] Kumpulan ini debut mereka pada 13 Mei melalui press show case yang diadakan di Spigen Hall di Gangnam.[11] Bagaimanapun, perilisan album single Exclamation dan video muzik untuk lagu utama woo!ah! telah ditunda ke 15 Mei, bagi menunjukkan lebih kesempurnaan dalam kumpulan melalui penambahbaikan dalam kedua-dua keluaran.[12]
Pada 14 Ogos, NV Entertainment mengumumkan bahawa Songyee akan meninggalkan kumpulan ini kerana alasan peribadi.[13][14]
Pada 24 November, Kumpulan ini telah mengeluarkan album single kedua mereka Qurious dengan single utama "Bad Girl".[15][16][17] Kumpulan ini mengadakan press showcase dan showcase comeback sehari lebih awal.[18]
Pada 27 Mei 2021, kumpulan ini telah mengeluarkan album single ketiga mereka Wish dengan single utama "Purple".[19][20]
Pada 4 Januari 2022, kumpulan ini mengeluarkan single digital bertajuk "Catch the Stars".[21] Pada 9 Jun 2022, kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka Joy dengan single utama "Danger". Single kumpulan sebelum ini "Catch the Stars" turut dimuatkan dalam album itu.[22] Pada 16 November 2022, kumpulan ini mengeluarkan album single keempat mereka Pit-a-Pat dengan single utama "Rollercoaster".[23]
Nana dan Wooyeon telah mengambil bahagian dalam rancangan pertandingan realiti Mnet Queendom Puzzle. Nana akhirnya menamatkannya di tempat ke-2, meletakkannya dalam barisan terakhir kumpulan super El7z Up, manakala Wooyeon menamatkan di tempat ke-9.[24]
Pada 1 Januari 2024, NV entertainment menukar nama mereka kepada SSQ Entertainment.[25] Pada 27 Mac, dilaporkan bahawa kumpulan ini akan comeback pada bulan April. Kemudian, diumumkan bahawa kumpulan ini akan membuat comeback mereka pada 8 April, dengan single digital kedua "Blush" yang digubah oleh Ryan S. Jhun.[26] Pada 1 April, kumpulan ini mengeluarkan jadual promosi untuk single tersebut.[27] Pada 8 April, video muzik "Blush" telah dikeluarkan.[28]
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [29] | |||
Joy |
Daftar lagu
|
13 |
|
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [29] | |||
Exclamation |
Daftar lagu
|
20 |
|
Qurious |
Daftar lagu
|
33 |
|
Wish |
Daftar lagu
|
10 |
|
Pit-a-Pat |
Daftar lagu
|
19 |
|
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Album |
---|---|---|---|
KOR Down. [35] | |||
"woo!ah!" (우아!) | 2020 | — | Exclamation |
"Bad Girl" | — | Qurious | |
"Purple" | 2021 | 135 | Wish |
"Catch the Stars" (별 따러 가자) | 2022 | 54 | Joy |
"Danger" (단거) | 110 | ||
"Rollercoaster" | 65 | Pit-a-Pat | |
"Blush" | 2024 | 36 | Single bukan-album |
Tajuk | Tahun | Album |
---|---|---|
"Shining Bright" (bersama BAE173 dan Ciipher) |
2021 | Shining Bright |
Tahun | Tajuk | Album | Pengarah | Ref. | |
---|---|---|---|---|---|
2020 | "woo!ah!" | Exclamation | Min-kwang Seop (Flying Blue Whale) |
[36] | |
"Payday" (Performance Video) | Spring Kim (LAUFL) |
[37] | |||
"Bad Girl" | Qurious | Bo-Hyeong Kim (FantazyLab) |
[38] | ||
2021 | "I Don't Miss U" | Spring Kim (LAUFL) |
[39] | ||
"Purple" | Wish | [40] | |||
2022 | "Catch the Stars" | Joy | Tidak diketahui | [41] | |
"Danger" | Spring Kim (LAUFL) |
[42] | |||
"Rollercoaster" | Pit-a-Pat | Jong-seong Kim (Studio Dalmoo) |
[43] | ||
2024 | "Blush" | Blush | Tidak diketahui | [44] |
Anugerah | Tahun | Kategori | Calon/karya | Keputusan | Ref. |
---|---|---|---|---|---|
Brand of the Year Awards | 2021 | Rising Star - Female Idol | Woo!ah! | Tercalon | [45] |
2023 | Rising Star - Female Idol | Menang | [46] | ||
Korea First Brand Awards | 2020 | Rookie Female Idol Award | Tercalon | ||
Mnet Asian Music Awards | Best New Female Artist | Tercalon | [47] |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Woo!ah! |