Wohnen | |
---|---|
Nama lahir | Suhaida binti Shamsudin |
Kelahiran | Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | 8 Februari 1976
Meninggal dunia | 4 Jun 2015 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 39)
Genre | |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1992–1999 |
Syarikat rakaman |
|
Wohnen (lahir Suhaida Shamsudin; 8 Februari 1976 – 4 Jun 2015) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau dikenali sebagai satu-satunya penyanyi Malaysia yang mempelopori muzik country dan blues, terkenal dengan lagu hitsnya, "Madah Terakhir".[1][2][3]
Wohnen dilahirkan pada 8 Februari 1976 di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak ketiga daripada 4 beradik kepada pasangan penyanyi, M. Y. Shamsudin dan Fatimah Isa.[1][4] Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling, Selangor, namun berhenti kerana desakan hidup keluarganya yang memaksanya untuk berhenti belajar.[1][5][6]
Mewarisi bidang muzik daripada ibu bapanya,[7] Wohnen mula menunjukkan minat menyanyi semasa zaman kanak-kanak dan pernah menyertai pertandingan nyanyian semasa Darjah 3. Selepas tamat sekolah menengah,[8] Wohnen menerima tawaran sebagai artis rakaman di Bunga Tanjung Production yang dimiliki oleh Abu Samah Mohamed Idrus. Album sulungnya, Madah Terakhir dikeluarkan pada awal Mei 1992 yang memuatkan sebanyak 11 lagu yang berirama country dan blues termasuk sebuah lagu berbahasa Inggeris.[1][9] Di awal kemunculannya, beliau sering dianggap sebagai pencabar penyanyi-penyanyi senior seperti Ella, Shima dan Wann.[10] Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 20 ribu unit.
Susulan kejayaan album Madah Terakhir, Wohnen muncul dengan album kedua, WW96 yang mana proses rakaman album ini dijalankan pada 1993. Dikeluarkan pada Jun 1994,[11] album ini menjadi album terakhir Wohnen bersama Bunga Tanjung biarpun beliau merancang untuk penerbitan album ketiga.[12][13][14] Wohnen juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membintangi drama Sama Tak Serupa bersama Aznil Nawawi, Razzi Rahman, Zizie Ezette dan kumpulan Nico G yang bersiaran di TV1.[15] Beliau turut meminjamkan suaranya untuk watak beliau sendiri dalam siri animasi Usop Sontorian dalam episod "Tetamu Istimewa".[16]
Wohnen meninggal dunia pada 4 Jun 2015 di Kuala Lumpur akibat serangan jantung di usia 39 tahun. Disahkan sendiri oleh anaknya. Bagaimanapun, berita kematiannya tidak disiarkan di mana-mana media cetak dan elektronik berikutan atas permintaan keluarga dan warisnya.
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Madah Berhelah" | 1992 |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1995 | Sama Tak Serupa | Anita |
Tahun | Tajuk | Watak | Stesen TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1994 | Usop Sontorian | Dirinya sendiri (suara) | TV1 | Episod: "Tetamu Istimewa" |
Tahun | Acara | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1992 | Anugerah Juara Lagu ke-7 | Pengacara | TV3 | Sebagai pengacara disamping Azwan Ali, Rina Khan & Haleeda. |