Wendy Wong | |
---|---|
Kelahiran | 1966 (umur 57–58) |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Wani Wendy Wong binti Abdullah |
Pekerjaan | Penerbit Pelakon Ahli Perniagaan |
Tahun aktif | 1986–kini |
Pasangan | YBhg. Dato’ Yacob Chik (DIMP) |
Anak-anak | 1 |
Datin Dr Wendy Wong merupakan seorang pelakon, penerbit TV dan ahli perniagaan. Dia fasih berbahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin.
Wendy Wong telah berkahwin dengan seorang Ahli Perniagaan iaitu Dato’ Yacob Chik[1]. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Nama islam Wendy Wong ialah Wani Wendy Wong Abdullah.
Wendy Wong menjalankan perniagaan penerbitan bersama bersama rakan kongsinya, Dato’ Nancie Foo, di bawah syarikat Produksi Seni 2020 Sdn . Bhd yang telah ditubuhkan sejak 1997[2]. Antara Karya yang pernah dikeluarkan oleh Produksi Seni 2020 Sdn. Bhd ialah Moonlight Saigon[3], Kisah Benar[4], Red Haired Tumbler di Malaya[5] dan Karya movie terbaru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi ialah Sumpahan Jerunei[6][7].
Wendy Wong mula aktif dalam persatuan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah ;
Wendy Wong merupakan Pengerusi Penaja bagi Festival Filem Malaysia Ke 24 pada tahun 2011 dan melakukan kerja amal bagi mengumpul dana sebanyak 1 Juta untuk University Tun Abdul Rahman ( UTAR ). Sumbangan Wendy Wong diperingkat luar negara pula berjaya mengumpul dana bagi pembinaan masjid di Cambodia.
1. Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) daripada University of Peace (UPEACE)[10] (2019)
2. Anugerah Malaysia Book of record Mengumpul dana 1 Juta untuk University Tunku Abdul Rahman (2004)
3. Anugerah Khas Juri - Usaha penggarapan masyarakat majmuk , Festival Filem Malaysia - Red Haired Tumbler di Malaya Movie[11] (1995)