Warkah | |
---|---|
Pengarah | Opie Zami |
Penulis | Opie Zami |
Dibintangi | Namron Syazwan Zulkifli Isyariana Wafiy Rayyana Rayqa |
Diedarkan oleh | Empire Film Solution |
Tarikh tayangan | 15 Ogos 2019 (Malaysia, Brunei) |
Masa tayangan | 1 jam 37 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 0.030 juta |
Warkah merupakan filem drama keluarga Malaysia 2019 arahan Opie Zami. Filem ini mengisahkan seorang remaja yang terpaksa memilih sama ada melanjutkan pelajaran atau membantu keluarganya selepas bapanya lumpuh akibat kemalangan. Ia ditayangkan pada 15 Ogos 2019 di Malaysia dan Brunei.[1][2][3][4]
Ikmal seorang remaja dan pelajar cemerlang. Ketika bapanya lumpuh akibat kemalangan, keluaraga mereka turut menghadapi masalah kewangan. Ikmal terpaksa membuat pilihan sama ada melanjutkan pelajaran ataupun membantu keluarganya. Sementara itu, gurunya Cikgu Nur membawa harapan baru.
Filem ini merupakan adaptasi kisah benar seorang remaja yang mengirimkan surat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO).