Wafel | |
---|---|
![]() | |
Jenis | Makanan cekut, hidangan, pastri, bánh, battercake ![]() |
Tempat asal | Perancis, Belgium |
Bahan utama | Bater atau doh |
Keragaman/variasi | Wafel Liège, wafel Brussels, wafel Flemish, wafel Bergische, Stroopwafel dan lain-lain |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Wafel (Jawi: وافل ; disebut [wa.fĕl] atau [wo.fĕl]) ialah sejenis hidangan yang diperbuat daripada bater atau doh yang dipukul dan dimasak di antara dua acuan lempeng yang dipetakan untuk memberi kesan, bentuk dan permukaan yang tersendiri. Terdapat banyak variasi wafel yang dihasilkan bergsntung kepada acuan yang digunakan. Wafel dimakan di seluruh dunia, terutamanya di negara asalnya Belgium di mana terdapat lebih daripada sedozen jenis wafel yang dihasilkan dari rantau ke rantau.[1] Wafel boleh dibuat sama ada secara segar mahupun dipanaskan selepas dimasak secara komersial sebelum dibekukan.
Wafel boleh dimakan dengan begitu sahaja (terutama jenis nipis) atau dimakan dengan pelbagai bahan hiasan, seperti: