Rencana ini memerlukan banyak pautan ke rencana lain bagi membantu mengintegrasikan ke dalam ensiklopedia. Sila membantu membaiki rencana ini dengan menambah yang relevan dengan konteks dalam teks yang sedia ada. (November 2020)

Undang-undang kecil (Tulisan Jawi : اوندڠ٢ کچيل ) perlu difahami melalui makna menurut konteks dan bukan difahami secara literal sahaja. Undang-undang kecil adalah terjemahan Bahasa Melayu daripada perkataan Bahasa Inggeris "subsidiary legislations" dan bukan terjemahan daripada "small laws".

Makna undang-undang kecil menurut konteks adalah undang-undang yang dibuat bukan melalui Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Biasanya ia dibuat oleh sesuatu kementerian.

Ciri-ciri utama undang-undang kecil ialah ia tidak boleh berdiri sendiri (independent). Maksudnya sebelum undang-undang kecil itu berkuatkuasa dan sah, maka perlu ada Akta Parlimen atau Enakmen negeri yang memperuntukkan bahawa undang-undang kecil itu boleh dibuat. Akta Parlimen yang memperuntukkan itu digelar akta induk.

Secara umumnya jika tidak ada Akta Parlimen atau Enakmen negeri memperuntukkan, maka undang-undang kecil itu adalah tidak sah dan boleh dicabar keesahannya di mahkamah.

Lihat juga