Trikuriasis | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | B79 |
ICD-9 | 127.3 |
P. Data Penyakit | 31146 |
MedlinePlus | 001364 |
MeSH | D014257 |
Penafian perubatan |
Trikuriasis, yang juga dikenali sebagai jangkitan cacing cambuk, merupakan jangkitan yang dibawa oleh cacing parasit Trichuris trichiura (cacing cambuk).[1] Sekiranya jangkitan disebabkan oleh hanya beberapa ekor cacing, biasanya ia tidak menunjukkan simptom.[2] Pada mereka yang dijangkiti oleh banyak ekor cacing, mungkin terdapat sakit abdomen, keletihan dan cirit-birit.[2] Cirit-birit kadangkala mengandungi darah.[2] Jangkitan dalam kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan perkembangan intelek dan fizikal yang lemah.[2] Paras sel darah merah rendah boleh berlaku disebabkan oleh kehilangan darah.[1]
Penyakit ini biasanya merebak apabila orang makan makanan atau minum minuman yang mengandungi telur cacing ini.[2] Ini boleh berlaku apabila sayur-sayuran yang tercemar tidak dibersihkan atau dimasak dengan sempurna.[2] Seringkali telur-telur ini berada di dalam tanah di kawasan tempat orang membuang air besar di luar dan tempat najis manusia yang tidak dirawat digunakan sebagai baja.[1] Telur-telur ini berasal daripada najis orang yang dijangkiti.[2] Kanak-kanak kecil yang bermain tanah yang sedemikian dan memasukkan tangan ke dalam mulut mereka juga mudah dijangkiti.[2] Cacing-cacing ini hidup dalam usus besar dan kira-kira empat sentimeter panjang.[1] Cacing cambuk didiagnos dengan melihat telur apabila memeriksa najis menggunakan mikrskop.[3] Telur-telur ini berbentuk tong.[4]
Pencegahan adalah dengan memasak makanan dan hand washing mencuci tangan dengan betul sebelum memasak.[5] Langkah lain termasuk menambah baik capaian kepada sanitasi seperti memastikan penggunaan tandas yang berfungsi dan bersih [5] dan capaian kepada air bersih.[6] Di kawasan-kawasan dunia tempat jangkitan adalah biasa, seringkali keseluruhan kumpulan penduduk akan dirawat serentak atau secara tetap.[7] Rawatan adalah dengan tiga hari pemberian ubat: albendazole, mebendazole atau ivermectin.[8] Orang ramai seringkali dijangkiti semula selepas rawatan.[9]
Jangkitan cacing cambuk menjejaskan kira-kira 600 hingga 800 juta orang di seluruh dunia.[1][10] Ia sangat kerap ditemui di negara-negara tropika.[7] Di dunia sedang membangun, mereka yang dijangkiti cacing cambuk seringkali menghidapi jangkitan cacing kerawit dan askariasis.[7] Ia mempunyai kesan yang besar ke atas ekonomi kebanyakan negara.[11] Usaha sedang dijalankan bagi membangunkan vaksin melawan penyakit ini.[7] Trikuriasis dikelaskan sebagai penyakit tropika terabai.[12]
|edition=
has extra text (bantuan)