Tatu ialah tanda atau cacahan yang dibuat dengan memasukkan pigmen dakwat ke dalam kulit manusia atau haiwan. Cacahan sebegini pada manusia ialah bertujuan menghiasi tubuh pemakai, tetapi tatu pada haiwan selalunya digunakan untuk tujuan pengenalan.
Perbuatan bertatu diamalkan di seluruh dunia. Masyarakat Ainu, orang asli di Jepun memakai tatu muka. orang-orang Polinesia, sesetengah suku di Filipina, Borneo, Afrika, Amerika Utara dan Selatan, Mesoamerika, Eropah, Kemboja dan China turut memakai tatu. Walaupun sering dikaitkan dengan pantang larang, tatu terus diamalkan dalam dunia moden.
Kata tatu berasal dari bahasa Tahiti di mana ia bererti "menandakan sesuatu". Bahasa-bahasa Polinesia yang serumpun (di Samoa, Tonga dan sebagainya) turut mempunyai perkataan yang berbunyi hampir sama atau tepat dengan makna yang berpadanan (misalnya tatau yang merupakan akar kata bahasa Inggeris '"tattoo"[1][2]).
Konsep pencacahan tubuh dalam kebudayaan dunia sudah lama didapati dan di seluruh pelusuk dunia. Menurut sejarah, cacahan tubuh sudah dilakukan sejak 3000 SM. Cacahan ditemukan untuk pertama kalinya pada sebuah mumia yang terdapat di Mesir, lalu kononnya difikirkan tersebar ke suku-suku di dunia, termasuk salah satunya suku Indian di Amerika Syarikat dan Polinesia di Asia, lalu berkembang ke seluruh suku-suku dunia salah satunya suku Dayak di Kalimantan.
Adat ini dikatakan mula menjadi masyhur dalam kalangan orang-orang Barat berikutan pelayaran Kapten James Cook ke kawasan Pasifik Selatan pada abad ke-18, di mana anak-anak kapal beliau dicacah oleh masyarakat peribumi di sana. Kegiatan ini mula diamalkan secara meluas dalam kalangan kelasi[3] namun lama kelamaan mula menjadi masyhur dalam kalangan orang kelas atasan temasuk kerabat diraja lewat tahun 1870-an,[4][5] perbuatan ini sendirinya menjadi suatu penanda pembahagian kelas sosial di Britain.[6]
Tatu manusia bisa dibuat sebagai suatu simbol atau penanda yang memberikan suatu kebanggaan dan keberanian tersendiri bagi si empunya. Ia juga dipercayai berperanan sebagai simbol keuntungan, status sosial, kecantikan, kedewasaan, dan harga diri.
Pencacahan dipaksa ada dilaksanakan di banyak tempat dan zaman. Ia dilakukan baik pada penjenayah sebagai menandakan kesalahan tertentu mahupun hamba abdi di tamadun China seawal Dinasti Zhou; gladiator dan hamba abdi di Empayar Rom turut diperilakukan sebegini.[7] Ia turut dilakukan ketika penahanan masyarakat tertentu dalam Holokus sewaktu pemerintahan Nazi di Jerman - amalan ini diperkenalkan pihak SS di Auschwitz[8] di mana nombor siri pengenalan ken tahanan dicacah pada banduan bersertakan simbol khas: orang Yahudi dipakaikan segitiga manakala orang Roma dipakaikan huruf Z (Zigeuner - "Gypsy").
Cara pentatuan ini turut dipakaikan ahli patologi forensik pada mayat yang dibakar, membusuk atau dipotong-potong memandangkan penandaan sebegini tidak akan disingkirkan baik dari mayat manhupun persekitaran luar.[9]
Ada pelbagai cara dalam pembuatan tatu. Ada yang menggunakan tulang binatang sebagai jarum seperti yang dapat dijumpai pada orang-orang Eskimo, suku Dayak dengan duri pohon jeruk, dan ada pula yang menggunakan tembaga panas untuk mencetak gambar naga di kulit seperti yang dapat ditemui di Tiongkok. Bukannya tidak sakit dalam proses membuat tatu. Sebenarnya rasa sakit pasti dialami ketika membuat tatu di tubuh, namun karena nilai yang tinggi dari tatu, dan harga diri yang didapatkan, maka rasa sakit itu tidak dianggap masalah.
Ada berbagai jenis dan ragam bentuk tatu, tergantung dengan apa yang dipercaya oleh suku-suku bersangkutan, dan di setiap daerah umumnya memiliki persepsi yang berbeda-beda tentang tatu, meski pada prinsipnya hampir sama.
Bertatu diharamkan dalam Islam[10] berdasarkan hadis-hadis sahih yang menyatakan perlakuan ia.
Bab 19 dalam Kitab Imamat (Leviticus) menyatakan pengharaman bertatu dalam kalangan penganut agama tersebut, namun kebanyakan mereka melihat firman ini lebih ditujukan kepada orang Yahudi itu sendiri - yakni Bani Israel - dan tidak kepada bangsa-bangsa lain. Rabai-rabai sendiri berselisih fahaman mengenai sejauh mana tahap pengharaman ini dilaksanakan.[11]
Some days after a shipwreck divers recovered the bodies. Most were unrecognisable, but that of a crew member was readily identified by his tattoos ("...kadangkalanya mayat-mayat akan ditemui dalam bangkai kapal yang tenggelam. Kebanyakan daripada mayat ini tidak dapat dikenalpasti namun seseorang anak kapal bisa dikenalpasti melalui tatunya...")