Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Taman Melati" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Februari 2014) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Taman Melati adalah sebuah taman perumahan majoriti Melayu di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia tertelak di antara Gombak, Wangsa Maju dan Taman Melawati. Stesen LRT Taman Melati  KJ2  Laluan Kelana Jaya 5 terletak di kawasan ini.

Taman perumahan ini dibangunkan pada tahun 1990-an. Ia terdiri daripada banyak masyarakat yang mempunyai latar belakang pegawai kerajaan kanan yang telah bersara dan sebaliknya. Ramai daripada mereka berada di puncak kerjaya mereka dengan gelaran seperti Datuk dan Tan Sri.[perlu rujukan]

Lokasi

Taman Melati terletak terletak di kawasan parlimen Wangsa Maju dan Bahagian Pentadbiran Wangsa Maju di Kuala Lumpur. Wakil semasa untuk Wangsa Maju ialah Zahir Hassan dari PKR. Pentadbiran dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Demografi

Taman Melati terletak di kawasan Parlimen Wangsa Maju. Komposisi pengundi di kawasan itu adalah 61% Melayu, 31% Cina, 8% India dan 2% Lain. Komposisi etnik Kuala Lumpur mengikut Banci 2010 ialah 45.9% Melayu (termasuk bumiputra lain), 43.2% Cina, 10.3% India dan 0.6% Lain-lain. Agama di Kuala Lumpur mengikut Banci 2010 adalah 46.4% Islam, 35.7% agama Buddha, 8.5% agama Hindu, 5.8% agama Kristian, 1.4% tidak diketahui / 1.1% agama etnik Cina 0.6% lain dan 0.5%

Hiburan

Taman Melati mempunyai pusat membeli-belah sendiri yang dipanggil M3 Mall yang terletak bertentangan dengan rumah-rumah pangsa Taman Melati di Jalan Madrasah. Pusat membeli-belah ini mempunyai kedai dan restoran sendiri. Selain itu, terdapat satu lagi pusat membeli-belah yang telah siap pembinaannya pada tahun 2020 bernama KL East Mall yang terletak di 823, Jln Lingkaran Tengah 2, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur.

Melati Utama terdiri daripada kedai dan restoran di sebelah Lebuhraya MRR2. Ia dibangunkan berikutan penubuhan Platinum Condominium.

Pendidikan

Tapak Beribadat

References

https://web.archive.org/web/20150301154300/http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf

http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pub_20160429_P.U.(B)197.pdf

http://m3mall.com.my

https://pibgsmktm.weebly.com/

http://sktmskl.blogspot.com/

http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?uweb=dr&