Syed Shamim | |
---|---|
Nama lahir | Syed Shamim bin Syed Abdul Kadir Al-Idrus |
Juga dikenali sebagai | Ed[1] |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 27 Februari 1993
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2012–kini |
Syarikat rakaman | FMC Music |
Pengkarya berkait | Tasha Manshahar |
Syed Shamim Syed Abdul Kadir Al-Idrus (lahir 27 Februari 1993) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.[2][3] Memulakan kerjaya muzik selepas bakatnya dicungkil di YouTube, beliau terkenal dengan lagu-lagu seperti "Mana Tahu Siapa Tahu" dan "Ragu-Ragu". Selain itu, beliau juga paling dikenali menerusi gandingannya bersama Tasha Manshahar.[4][5][6]
Syed Shamim mula dikenali di YouTube apabila lagu "Be Mine" dan lagu saduran "Mr. Saxobeat" (nyanyian asal penyanyi Romania, Alexandra Stan), gandingan bersama Tasha Manshahar mendapat sambutan hingga mencecah 40,000 tontonan dan terus meningkat kepada 1 juta tontonan.[7] Bakat besar mereka berdua telah menarik perhatian FMC Music, lalu melamar mereka sebagai artis rakaman. Syed Shamim dan Tasha muncul dengan dua single serentak, "Be Mine" dan "Cuba Teka".[8]
Beliau bersama Tasha melancarkan album duet, Our Song pada Mei 2014.[9] Bagaimanpun, mereka membawa haluan selepas tiga tahun bekerjasama.[10] Syed Shamim kemudian muncul dengan single solo pertamanya, "Lalala", diikuti oleh single solo keduanya, "Cinta Terbaik".[11]
Pada tahun 2016, Syed Shamim muncul dengan EP sulungnya, Melodi yang mengandungi enam lagu, termasuk versi akustik lagu "Ragu-Ragu". EP ini menerima khidmat komposer termasuk DJ Fuzz, Omar K dan Ezra Kong.[12] Album ini ialah album pertamanya sebagai penyanyi solo.[1]
Syed Shamim muncul dengan single terbaharunya, "Mana Tahu Siapa Tahu" pada 21 Mac 2017.[13]
Syed Shamim ialah lulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik (Pengkhususan Vokal) di Institut Pendidikan Guru.[14]
Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan penyanyi, Wani.[15]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | Artis Berkumpulan/Duo Popular (bersama Tasha Manshahar) | Tercalon |