Surah Al-Mujadilah (Arab: سورة المجادلة) ialah surah ke-58 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah dan terdiri daripada 22 ayat. Dinamakan Al-Mujadilah yang bererti wanita yang mengajukan gugatan kerana pada awal surah ini disebutkan bantahan seorang perempuan yang menurut riwayat bernama Khaulah binti Tsa'labah terhadap sikap suaminya yang telah menziharnya. Hal ini diadukan kepada Rasulullah dan ia menuntut supaya beliau memberikan putusan yang adil dalam persoalan itu. Dinamai juga Al-Mujadalah yang bererti Perbantahan.

Surah ini mempunyai ciri berbeza dari surah lain dalam al-Quran. Dalam setiap ayat dalam surah ini, selalu terdapat lafaz Jalallah (lafaz Allah). Ada dalam satu ayat hanya terdiri dari satu lafaz, ada yang dua, atau tiga, dan bahkan ada yang lima lafaz, seperti pada ayat ke-22 dan terakhir dalam surah ini.

Isi kandungan

Hukum

Lain-lain

Pautan Luar

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Hadid
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Hasyr
Surah 58