Kelab Bola Sepak Sri Pahang atau dikenali sebagai Sri Pahang FC merupakan pasukan yang menguruskan dan mewakili pasukan bola sepak negeri Pahang. Pasukan ini berpangkalan di Kuantan. Mereka bermain di peringkat tertinggi Liga bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia, kerana muncul Naib juara Liga Perdana 2012 dan muncul juara play-off ke Liga Super Malaysia 2013 menewaskan Kedah menerusi sepakan penalti 3-2 setelah terikat 2-2. Pasukan ini telah diubah daripada Pahang FA kepada Pahang FC disebabkan oleh penswastaan pasukan tersebut kepada sebuah kelab bola sepak bermula 1 Januari 2016. Pada tahun 2017, mereka menarik balik penswastaan pasukan ini menjadi Pahang FA sehingga tahun 2021 menjadi Sri Pahang FC.
Pencapaian di Liga Malaysia
Pertandingan
|
Juara
|
Naib Juara
|
Piala Malaysia
|
1983, 1992 ,2013, 2014 (4x)
|
1984, 1994, 1995, 1997 (4x)
|
Liga Super/Liga Perdana/Divisyen 1
|
1987, 1992, 1995, 1999, 2004 (5x)
|
1984,1991,1998,2005 (4x)
|
Divisyen 2/Perdana 2/Premier
|
|
2012 (1x)
|
Piala FA Malaysia
|
2018, 2014, 2006(3x)
|
1995, 2017 (2x)
|
Piala Sumbangsih
|
1992, 1993, 2014 (3x)
|
1985, 1988, 1995, 2007, 2015 (5x)
|
Pencapaian di Peringkat Piala AFC
- 1989: Peringkat Kumpulan
- 1994: Menarik diri dari kelayakan - Pusingan Pertama
- 1996: Pusingan Kdua
- 2005: Peringkat Kumpulan
- 2007: Peringkat Kumpulan
- 2015: Suku Akhir
- Kejohanan Kelab ASEAN: 1 penampilan
- 2005: Naib Juara
Senarai pemain
Skuad 2024
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.