Speed Racer
Speed Racer (Gō Mifune)
GenreAksi, Perlumbaan
Manga
マッハGoGoGo
PengarangTatsuo Yoshida
PenerbitJepun Fusosha
Kanada Amerika Syarikat Digital Manga Publishing
Anime
マッハGoGoGo/ Speed Racer
PengarahHiroshi Sasagawa
StudioTatsunoko Productions
Penyiaran AsalJepun Fuji Television
Malaysia TV 3
Dikeluarkan pada2 April 196731 Mac 1968
Anime
マッハGoGoGo: Restart/ Speed Racer X
PengarahHiroshi Sasagawa
StudioTatsunoko Productions
Penyiaran AsalJepun TV Tokyo
Malaysia TV 3
Indonesia TV7, Spacetoon
Dikeluarkan pada9 Januari 199710 September 1997
Portal Anime dan Manga

Speed Racer atau Mach GoGoGo (マッハGoGoGo, Mahha GōGōGō) ialah sebuah siri anime Jepun yang bertemakan lumba kereta. Siri ini merupakan satu contoh anime terawal yang menjadi francais yang berjaya di Amerika Syarikat.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Watak dan jalan cerita animasi ini berasal dari Jepun dalam bentuk siri manga dan anime Mach GoGoGo, dari studio anime Tatsunoko Productions.

Mach GoGoGo mula-mulanya dicipta dan direka oleh pelopor anime Tatsuo Yoshida (19321977) dalam bentuk siri manga pada 1960-an lalu beralih ke kaca TV dalam bentuk siri anime pada tahun 1967. Watak utama dalam anime dan manga ini ialah seorang pelumba kereta muda bernama Gō Mifune. Yoshida memilih nama-nama dan lambang-lambang dalam ciptaannya dengan amat teliti. Huruf M merah besar pada hud Mach 5, yang disangka bermaksud "Mach 5" di Amerika, sebenarnya merupakan logo Mifune Motors, iaitu perniagaan keluarga. Itu juga asal huruf "M" pada topi keledar Gō. "Mifune" merupakan penghormatan kepada bintang filem Jepun Toshiro Mifune. Nama Gō pula merupakan homofon bahasa Jepun untuk nombor 5 (nombor kereta lumbanya). Ini juga ditunjukkan oleh huruf G kuning yang disulam pada baju birunya. Nama siri Mach GoGoGo sebenarnya merupakan kias seleweng: nombor 5, iaitu nama keretanya Mach 5; nama watak utama; dan perkataan Inggeris "go."

Yoshida diilhamkan untuk mereka Speed Racer setelah menonton dua buah filem yang amat popular di Jepun pada masa itu, iatu Viva Las Vegas dan Goldfinger. Dengan menggabungkan rupa imej Elvis Presley memandu kereta lumba, dilengkapi kain leher dan rambut pompadour hitam, dengan kereta Aston Martin James Bond yang berisi kelengkapan, maka Yoshida meraih ilhamnya.

Hak penerbitan bahasa Inggeris Mach GoGoGo segera diraih oleh syarikat sindiket Trans-Lux di AS. Watak utama Gō Mifune ditukar namanya menjadi "Speed Racer" bagi versi Inggeris. Usaha suntingan dan alih suara dijalankan oleh Peter Fernandez, yang juga menyumbangkan suara beliau kepada banyak watak, khususnya Racer X dan Speed Racer sendiri. Fernandez juga bertanggungjawab menyusun semula melodi lagu tema serta menulis lirik bahasa Inggerisnya.

Kereta Mach 5

[sunting | sunting sumber]
Pusat Stereng Mach 5 (butang H tidak kelihatan)

Mach Go (Jepun)/Mach 5 (AS), iaitu kereta yang dipandu Speed Racer, ialah satu kemegahan teknologi yang mengandungi pelbagai kelengkapan berguna. Gō Mifune/Speed Racer mudah memasang kelengkapan ini dengan menekan butang "A" hingga "G" di pusat kemudinya. Terdapat juga satu lagi butang bertanda "H" yang terletak di konsol.

Berikut ialah fungsi butang-butang tersebut:

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]