Sivaji Ganesan | |
---|---|
Kelahiran | Villuppuram Chinnaiahpillai Ganesan 1 Oktober 1928 Villuppuram, Tamil Nadu, India |
Meninggal dunia | 21 Julai 2001 Chennai, Tamil Nadu, India | (umur 72)
Nama lain | Nadigar Thilagam[1] |
Tahun aktif | 1952–1999 |
Pasangan | Kamala Ganesan |
Anak-anak | Ramkumar Ganesan, Prabhu Ganesan, Shanthi and Thenmozhi |
Anugerah | Padma Bhushan, Dada Saheb Phalke Award, NTR National Award, ChevalierTemplat:Disambiguation needed |
Viluppuram Chinnaiahpillai Ganesan Manrayar[2] ataupun dikenali sebagai Sivaji Ganesan (1 Oktober 1928 – 21 Julai 2001), merupakan pelakon filem India yang terkenal dan aktif pada akhir abad ke-20. Beliau merupakan salah satu pelakon terbaik yang pernah lahir di India. Beliau berlakon semasa zaman emas filem Tamil. Beliau telah berlakon dalam lebih 300 filem dalam filem Tamil, Malayalam , Kannada, Telugu dan Hindi.[3] Sivaji Ganesan merupakan pelakon India pertama yang memenangi anugerah pelakon terbaik di peringkat antarabangsa melalui Festival Filem Afro-Asian pada tahun 1960 di Cairo. Kebanyakan pelakon India Selatan menjadikan beliau sebagai idol.[4]. Beliau juga merupakan pelakon pertama India yang dianugerahkan Chevalier of the Ordre des Arts et des Lettres.[5] Ganesan dikenang sebagai tokoh ikonik Sinema Tamil.
Sivaji Ganesan telah dilahirkan pada 1 Oktober 1928. Sivaji Ganesan merupakan anak kedua dalam keluarganya.Beliau mempunyai dua adik-beradik. Pada usia 10 tahun, beliau berpindah ke Tiruchirapalli dan menyertai kumpulan drama di Sangiliyandapuram dan mula untuk berlakon dalam teater pentas.[6] Ganesan berkahwin dengan Kamala pada tahun 1952 dan mempunyai empat orang anak.Anak bongunya, Prabhu juga merupakan seorang pelakon filem tamil. Manakala, cucunya Vikram Prabhu juga merupakan seorang pelakon yang memeulakan debatnya melalui filem Kumki pada tahun 2012. Ganesan menubuhkan sebuah syarikat produksi filem pada 1950-an, (kini dikenali sebagai) Sivaji Productions, yang kini sedang dijaga oleh anak sulungnya, Ramkumar . Mengalami masalah pernafasan, Ganesan telah dimasukkan ke Hospital Apollo di Chennai pada 21 Julai 2001.Beliau juga telah mengidap penyakit jantung yang berpanjangan selama kira-kira 10 tahun. [7] Beliau meninggal dunia pada 07:45 (IST) pada 21 Julai 2001 pada usia 72 tahun. Dokumentari khas, The Journey Of Iconic Actor Of Tamil Cinema telah dibuat untuk memperingati legasi Sivaji Ganesan. Pengebumian beliau pada hari berikutnya telah disiarkan secara langsung di Sun TV dan telah dihadiri oleh beribu-ribu peminat, ahli-ahli politik dan personaliti dari persaudaraan filem India Selatan
Sebuah patung Ganesan telah didirikan di Jalan Kamarajar di Chennai, Tamil Nadu untuk menghormati pelakon itu. Persatuan pelakon India Selatan mengistiyarkan 1 Oktober, Hari lahir Sivaji Ganesan, sebagai Hari Pelakon.
1969–1980 |
|
---|---|
1981–2000 |
|
2001–kini |
|