Siti: Are You Ready? | |
---|---|
Pengarah |
|
Dibintangi | Siti Nurhaliza |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan | 30 Disember 2021 |
Masa tayangan | 80 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Siti: Are You Ready? ialah filem dokumentari Malaysia 2021 arahan M. Azhar Rot dan Anz Izwan terbitan bersama oleh Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions, menampilkan penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza.[1] Filem ini ditayangkan pada 30 Disember 2021 di Astro First.[2][3]
Siti: Are You Ready menampilkan detik di atas dan belakang pentas, persembahan langsung serta cerita di sebalik tabir sepanjang Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di tiga negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia pada 2019.[1][4]
Siti: Are You Ready? diarahkan oleh M. Azhar Rot dan Anz Izwan dan dierbitkan bersama oleh Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions. Menurut Siti, filem ini ialah ringkasan dirinya sebagai seorang penyanyi, ibu dan juga isteri dan memaparkan sisi beliau yang jarang dipertontonkan kepada umum, yang mana dalam kelembutannya, terselindung sikap ketegasan.[2]
Ia diperlihatkan apabila beliau dan seluruh pasukannya berhadapan dengan konflik bagi menjayakan konsert pertamanya di Jakarta, Indonesia. Siti berkata: "Ada lagi kisah yang tidak kami masukkan kerana agak sensitif, tapi bagi saya ia akhirnya menjadi suatu yang positif buat kami [...] Filem dokumentari ini juga untuk ditunjukkan pada masyarakat bahawa penyanyi bukannya sekadar menghiburkan tapi lebih daripada itu. Saya nak sangat masyarakat di luar sana lihat filem dokumentari saya sebagai satu yang memberikan inspirasi bukan saja pada anak-anak seni generasi muda tapi juga kepada wanita yang bergelar ibu,".[2]
Siti berkata, biarpun terpaksa menunggu selama dua tahun, beliau percaya ini ialah masa yang telah ditentukan untuk filem ini menemui khalayak.[1]
Siti: Are You Ready ditayangkan pada 30 Disember 2021 di Astro First.[5] Pengumuman penayangan filem dokumentari dibuat oleh Siti menerusi aplikasi TikTok pada 17 Disember.[1] Harian Metro melaporkan bahawa kutipan awal filem ini akan disalurkan kepada mereka yang terjejas akibat banjir.[6]