Scammer | |
---|---|
Genre | Drama Jenayah |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Norhanisham Muhammad (Labu) |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Duit - Meerfly |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Hisyam A.Karim |
Penerbit | Fazli Hj Baharom |
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Radius One Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 24 Mei 2021 – 24 Jun 2021 |
Scammer ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2021 arahan Norhanisham Muhammad (Labu). Dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 24 Mei 2021. [1]
Johari atau Joe, ialah seorang Anti Money Laundering Analyst di sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur. Kerjanya ialah memantau dan melapor kegiatan ‘money laundering’ di kalangan pemegang akaun bank tempatnya bekerja. Selepas dibuang kerja, Joe mula terdesak untuk mencari duit. Joe bertemu semula dengan kekasih lamanya, Amy, seorang peguam bela penjenayah yang terkemuka.
Amy mahu gunakan kepakaran Joe dalam selok belok perbankkan dan ‘money laundering’ untuk pindahkan duit kliennya yang cuba lari dari kadar cukai yang tinggi. Tergoda dengan tawaran gaji yang tinggi, Joe setuju bekerja dengan Amy. Melalui kepakaran Joe, klien mereka dapat pindahkan duit keluar negara tanpa dikesan oleh Bank Negara.