Sarah Adiba Yussof | |
---|---|
Kelahiran | Sarah Adiba binti Mohammed Yussof 4 Oktober 1990 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Penggerudian) |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi Petronas (UTP) |
Pekerjaan | Pengacara, wartawan |
Tahun aktif | 2016–kini |
Majikan | TV3 (Media Prima Berhad) |
Pasangan | Iskandar Mohd Nasir (k. 2015) |
Sarah Adiba Mohammed Yussof (lahir 4 Oktober 1990) merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Beliau ialah bekas peserta rancangan Clever Girl Malaysia di TV3.[1]
Sarah Adiba dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak keempat dari enam beradik.[2] Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Penggerudian) di Universiti Teknologi Petronas (UTP).[2] Beliau berkahwin dengan Iskandar Mohd Nasir pada 2015.[2]
Sarah mengumumkan kehamilannya pada Mei 2019 selepas empat tahun berumah tangga.[3]
Sarah Adiba memulakan kerjaya awal sebagai Jurutera Operasi dan pernah bekerja sebagai guru tuisyen.[2] Pada tahun 2016, beliau dipilih salah seorang dari 14 peserta Clever Girl Malaysia musim pertama yang bersiaran di TV3. Selepas tamat Clever Girl, beliau menjadi pengacara dokumentari jenayah 999 di studio dan lapangan.[1] Selepas menamatkan khidmat sebagai pengacara 999, beliau menjadi salah seorang dari 8 pengacara bersama rancangan bual bicara TV3, Borak Kopitiam, yang disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad bermula dari 8:00 hingga 9:30 pagi.[1][4]