Nama penuh | Kelab Bola Sepak Syarikat Air Negeri Sembilan |
---|---|
Diasaskan |
|
Stadium | Stadium Tuanku Abdul Rahman (Kapasiti: 45,000) |
Jurulatih | Syed Mazlan Syed Zubir |
Liga | Liga M3 Malaysia |
2020 | Liga M3 Malaysia (musim ditunda) |
Tapak sesawang | Laman kelab |
Kelab Bola Sepak Syarikat Air Negeri Sembilan atau SAINS FC (sebelum ini Kelab Bola Sepak Kelab Sukan dan Rekreasi Syarikat Air Negeri Sembilan atau KSR SAINS) ialah sebuah kelab bola sepak amatur Malaysia yang berpusat di Seremban, Negeri Sembilan. Ia dikendalikan oleh Kelab Bolasepak KSR SAINS. Kelab ini kini bermain di divisyen ketiga dalam sistem liga bola sepak Malaysia iaitu Liga M3 Malaysia.[1][2]
Pasukan bola sepak KSR Sains telah ditubuhkan pada 2016[3]. Pada asalnya, ia ditubuhkan untuk memberi peluang kepada kakitangan SAINS menonjolkan bakat mereka dan membawa nama SAINS di dalam arena bola sepak negara. KSR Sains mula menghantar pasukan bola sepak bagi perlawanan bola sepak tempatan Malaysia iaitu Liga Malaysia pada 2018. Pada 2019, kelab ini menang dalam liga divisyen keempat (Liga M4) bagi Liga Piala Presiden PBNS dan layak untuk bertanding ke divisyen ketiga, Liga M3 Malaysia.[4]
Penstrukturan semula liga bola sepak Malaysia memerlukan pendaftaran secara rasmi badan pengurus pasukan di bawah Jabatan Pendaftaran. Maka, pada Mei 2020, Kelab Bola Sepak Syarikat Air Negeri Sembilan telah disahkan penubuhan. Pada 2022, pasukan KSR Sains telah ditukarkan nama kepada SAINS FC beserta penggunaan logo baharu.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|