Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Ruslan Volodymyrovych Malinovskyi[1] | ||
Tarikh lahir | [1] | 4 Mei 1993||
Tempat lahir | Zhytomyr, Ukraine | ||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 in)[2] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah serangan, sayap kanan, penyerang kedua | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Genoa | ||
Nombor | 17 | ||
Kerjaya remaja | |||
2000–2005 | Polissya Zhytomyr | ||
2006–2010 | Shakhtar Donetsk | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2011–2017 | Shakhtar Donetsk | 0 | (0) |
2011–2012 | Shakhtar-3 Donetsk | 39 | (10) |
2012–2013 | → Sevastopol (loan) | 16 | (1) |
2013 | → Sevastopol-2 (loan) | 2 | (1) |
2014–2015 | → Zorya Luhansk (loan) | 44 | (7) |
2015–2017 | → Genk (loan) | 33 | (5) |
2017–2019 | Genk | 74 | (18) |
2019–2023 | Atalanta | 115 | (23) |
2023 | → Marseille (loan) | 20 | (1) |
2023–2024 | Marseille | 0 | (0) |
2023–2024 | → Genoa (loan) | 19 | (2) |
2024– | Genoa | 7 | (1) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2011–2012 | Ukraine B-19 | 6 | (1) |
2013–2014 | Ukraine B-21 | 19 | (2) |
2015– | Ukraine | 59 | (7) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:24, 30 March 2024 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 March 2024 |
Ruslan Volodymyrovych Malinovskyi (dilahirkan pada 4 Mei 1993) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Ukraine yang bermain sebagai pemain tengah serangan, sayap kanan, atau penyerang kedua untuk kelab Serie A Itali, Genoa C.F.C. dan juga pasukan kebangsaan Ukraine. Beliau merupakan pakar dalam sepakan tetap dan memiliki tembakan yang kuat dan tepat dengan kedua-dua kaki.[3]
Malinovskyi memulakan karier beliau di pasukan tempatan Polissya Zhytomyr di bawah pengurusan Serhiy Zavalko.[4][5] Mulai tahun 2011, Malinovskyi merupakan pemain Shakhtar Donetsk. Pada tahun 2014, Malinovskyi dipinjamkan kepada Zorya Luhansk.
Pada 1 Januari 2016, diumumkan secara rasmi bahawa Malinovskyi akan dipinjamkan kepada pasukan Belgium Genk sehingga akhir musim.
Pada 29 Mei 2017, diumumkan bahawa Genk telah menebus kontrak Malinovskyi dari Shakhtar Donetsk, dengan pemain itu menandatangani perjanjian empat tahun.
Pada 16 Julai 2019, Malinovskyi menandatangani kontrak dengan Atalanta dengan nilai €13.7 juta.[6] Pada 22 Oktober 2019, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Atalanta dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester City.[7] Malinovskyi dinamakan Pemain Bulan oleh penyokong Atalanta.[8] Beliau menjaringkan gol pertama dalam Serie A pada 7 Disember 2019 dalam perlawanan menentang Hellas Verona.[9][10] Pada 24 Jun 2020, Malinovskyi menjaringkan gol penyamaan dalam kemenangan 3–2 menentang Lazio.[11] Pada 18 April 2021, beliau menjaringkan gol kemenangan dalam kemenangan 1–0 menentang Juventus; ini adalah kemenangan pertama Atalanta menentang Juventus dalam Serie A sejak Februari 2001.[12] Pada 19 Mei 2021, beliau menjaringkan gol dalam akhir Piala Italia menentang lawan yang sama tetapi Atalanta tewas 1–2. Pada 24 Februari 2022, selepas menjaringkan gol menentang Olympiacos, beliau memperlihatkan baju bertulis "No War in Ukraine" selepas pencerobohan Rusia ke Ukraine.[13]
Pada 9 Januari 2023, Malinovskyi menyertai pasukan Ligue 1 Marseille secara pinjaman sehingga akhir musim, dengan pilihan bagi kelab Perancis tersebut untuk membeli pemain tersebut.[14][15]
Pada 19 Ogos 2023, Malinovskyi secara rasmi menyertai pasukan Serie A yang baru dipromosikan, Genoa secara pinjaman untuk satu musim,[15][16] dengan pilihan bernilai €10 juta bagi kelab Itali tersebut untuk membeli.[16][17] Pada 31 Januari 2024, Genoa membuat pemindahan secara kekal.[18]