Radhi Khalid | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Radhieddeen bin Abdul Khalid 4 Februari 1964 |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengacara, pengarah, penerbit |
Tahun aktif | 1986–kini |
Muhammad Radhieddeen Abdul Khalid atau lebih dikenali sebagai Radhi Khalid (lahir 4 Februari 1964) ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, pengarah dan penerbit Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya lakonan pada usia 22 tahun, beliau muncul dalam siri televisyen pertama, Sophia dan mula mendapat perhatian meluas menerusi watak sebagai pemuda Bangladesh bernama Abdulla dalam Spanar Jaya.[3]
Selain peranan lakonan di televisyen, Radhi juga terkenal dengan peranan lakonan dalam filem termasuk Selubung (1992), Pasrah (2000), Soalnya Siapa (2002), Sumolah (2007) dan Jejak Warriors (2015). Beliau juga memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Karyawan Malaysia[4] dan pernah menjadi pensyarah separuh masa Kolej Intec, Shah, Alam, mengajar teater, lakonan dan seni.[5]
Beliau dilahirkan sebagai Muhammad Radhieddeen bin Abd Khalid pada 4 Februari 1964 di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Beliau mempunyai adik-beradik seramai 22 orang (dari empat ibu) dan merupakan anak ke-12, berdarah kacukan Pakistan dan Arab di sebelah bapanya.[6] Radhi merupakan bekas pelajar di Penang Free School. Radhi mengulas dalam temuramah bersama Utusan Malaysia: "Arwah bapa saya ada empat isteri. Kalau ikut satu emak satu bapa saya ada empat beradik dan anak ketiga. Hubungan kami adik beradik memang akrab. Kami tidak ada perasaan irihati antara satu dengan lain kerana kami sudah dididik begitu oleh ibu bapa kami."[7]
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Radhi memulakan kerjaya awalnya sebagai pelayan restoran. Seterusnya beliau bekerja sebagai model, penari dan emcee. Radhi mendaftarkan dirinya di syarikat penerbitan Nizarman (M) Sdn. Bhd. sebagai krew filem pada pertengahan 1980-an, dan kemudiannya menjadi Pengurus Produksi. Namun peluangnya terbentang luas apabila ditawarkan watak utama drama Jalan Lain Ke Mekah bersama Wafa Abdul Kadir pada 1994.[8] Beliau kemudian menjadi pembantu pengarah dan pelakon drama bersiri IQ Genius yang mendapat sambutan hangat di kalangan kanak-kanak.[8]
Radhi pernah menghaidiri uji bakat untuk menjadi salah seorang anggota kumpulan Maya Studio yang dikelolakan oleh pelakon dan pelawak Jaafar Onn. Semasa menyertai Maya Studio, Radhi sering mengadakan persembahan tarian untuk siaran TV atau menjadi model pengantin bila Maya Studio diundang mengadakan pameran pengantiin.[8]
Kerjaya lakonannya bermula pada 1986 apabila Radhi ditawarkan membintangi siri sitkom Sophia. Peranan filem beliau hadir pada 1992 menerusi filem Selubung arahan Shuhaimi Baba lakonan M. Nasir, Deanna Yusof dan Ida Nerina.[8]
Radhi juga menyumbangkan suaranya dalam siri animasi Kampung Boy karya kartunis Datuk Lat.[9] Pada 2001, Radhi menyertai barisan pelakon sitkom popular ntv7, Spanar Jaya, beliau memegang watak sebagai Abdulla, seorang pemuda Bangladesh.[10][11]
Radhi memegang watak sebagai Ali, rakan sekerja dan kepentingan cinta Farah Diba lakonan Erra Fazira dalam filem drama romantik Pasrah arahan Yusof Haslam yang ditayangkan pada 8 Januari 2000.[12]
Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[13]
Dengan membelanjakan RM2 juta,[14][15] Radhi menerbitkan dan mengarah filem pertamanya Raju & Raja pada 2005 di bawah syarikat miliknya, Radhikal Films yang mengisahkan mengenai konflik kehidupan masyarakat India dan Melayu.[7] Bagaimanapun pada 2017, beliau memberitahu filem sulung arahannya tergendala selama lima tahun kerana kekurangan dana dan berharap dapat melihat karya sulungnya itu disiapkan sekaligus ditayangkan untuk tontonan umum.[16] Radhi bersama Tony Eusoff dan Peter Ong terlibat dalam pementasan teater Jalan Impian yang dipentaskan di KLPac pada 13 hingga 17 Julai 2005.[17]
Pada Januari 2011, Radhi menubuhkan syarikatnya Radhikal Films Sdn. Bhd. yang mengkhusukan kepada penerbitan rancangan televisyen dan filem,[18] yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif. Produksi sulung syarikat ini, Baran diarahkan oleh Michael Ang lakonan Kamal Adli dan Scha Al-Yahya, diikuti oleh Daging Darah diarahkan oleh Mior Hashim Manap lakonan Radhi sendiri, Rozie Rashid, Shahzuan Aiman, Kenchana Dewi, Mazin Siraj, Louisa Chong, Mustafa Kamal, dan Rashidi Ishak.[19]
Beliau menyertai barisan pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, Razak Ahmad, Kamal Adli, Julia Ziegler, dan Najua P. Ramlee beraksi di pementasan teater Asmara Songsang arahan Rahman Adam yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac 2013.[20][21][22]
Radhi menjayakan watak sebagai Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama dalam pementasan teater The LKY Musical yang dipentaskan di Teater Sands, Marina Bay Sands, Singapura pada Ogos 2015.[23][24] Radhi kembali beraksi di pentas teater menerusi Dato' Seri yang diadaptasi dari The Tragedy of Macbeth karya William Shakespeare, ia dipentaskan di KLPac dari 1-5 Jun 2016.[25]
Radhi menjayakan peranan pembantu sebagai Sham Interpol dalam drama adaptasi novel, Cik Serba Tahu yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Sari Yanti.[26]
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1992 | Selubung | Filem pertama | |
1997 | Gemilang | Komposer | Penampilan khas |
2000 | Pasrah | Ali | |
2002 | Soalnya Siapa? | ||
2003 | Iskandar | Sawi | |
City Sharks | Pengurusan Restoran | Filem Singapura | |
2004 | Puteri Gunung Ledang | Tapik | |
2005 | Qaisy & Laila | Sadiq | |
2007 | Sumolah | Andy | |
1957: Hati Malaya | Syeikh Ahmad | ||
2009 | Pisau Cukur | Dato Salleh | |
2012 | Baik Giler | Tuan Azmi | |
2013 | Kolumpo | Feroz | |
2014 | Supersquad The Movie | Blinq (suara) | Filem animasi 3D |
Mat Tudung | Datuk Jefri | ||
2015 | Jejak Warriors | Farouk | |
2016 | Bo-Peng | Juru Pam Minyak | Pelakon undangan |
2018 | Orang Itu | Ranjit | |
2019 | Showdowplay | Frankie | Juga sebagai penerbit |
M.O.X: Misi Operasi X | Professor Q | ||
2024 | Rain Town | Pos-produksi | |
Safari Mall | Pos-produksi | ||
TBA | Menentang Adat | Pak A'ad | |
Raju Raja | Filem pertama arahan |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1986 | Sofia | TV1 | ||
1997 | Kisah Benar (Musim 15) | Zaki | TV3 | Episod: "Sesat" |
1999–2005 | Spanar Jaya | Abdulla | ntv7 | |
2000 | Kidnap | |||
Kampung Boy (Musim 2) | Mustafa (suara) | Astro Ria | ||
Salam Taj Mahal | TV3 | |||
2002 | Insurgensi | Rjr Yaakob | TV1 | Pelakon undangan Ep 10-12 |
2003 | Kisah Benar (Musim 22) | Shahrul | TV3 | Episod: "Kembali" |
Phua Chu Kang | Bellboy | Mediacorp Saluran 5 | 1 episod | |
2006 | Realiti | Mac | 8TV | |
2007–2008 | Pasrah The Series | Ali | TV3 | |
2008 | Ghost (Musim 1) | Dato' Zakaria | 8TV | |
Goda | Encik Zainal | |||
2009 | 10 | Rahman | Astro Citra | |
2010 | Di Bawah Ketiak Isteri | Astro Prima | ||
Gerak Khas (Musim 12) | Feroz | TV2 | Episod: "Orang Asing" | |
Cornetto Inikah Cinta? | Uncle Love | Astro Ria | ||
2013 | What If | 8TV | ||
Tanah Kubur (Musim 7) | Astro Oasis | Episod: "Subahat" | ||
2014 | Super Game Boy | Astro Ceria | ||
2015 | Delina | Kamal | TV3 | |
Gerak Khas (Musim 15) | Jamal Osman | TV2 | Episod: "Ops Tinjau" | |
3 Campur 2 | Atuk | Astro Ceria | ||
2017 | Namaku Bedah | Abang Bangla | TV9 | |
Cik Serba Tahu | Sham Interpol | Astro Ria | ||
2018 | Gantung The Series | Pak Lan | Astro First | 2 episod |
Mata Ketiga | Profesor Mazlan | Tonton | Pelakon undangan | |
2019 | Spanar Jaya X | Abdulla | TV3 | |
Devoted | Datuk Usman | Viu | Penampilan khas | |
Cinta Non Grata | En Malik | TV3 | ||
Rumah Siti Khadijah | Leman | |||
2020 | Nasi Kerabu Untuk Che Abe | Badrul | ||
The Bridge (Musim 2) | HBO Asia/Viu | |||
Gerak Khas (Musim 20) | Abang Ed | TV3 | Episod: "Pintas" | |
Prestasi Podium | — | Sebagai penerbit | ||
2022 | Murder By Moonlight | Dato Karnain | Astro Citra | |
Hilang | Tuan Ghaffar | Viu |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1993 | Cili Padi | Pembaca suratkhabar | TV3 |
1994 | Jalan Lain Ke Mekah | ||
1996 | Nur Penyuluh Alam | ||
1997 | YB & Thuraya | ||
2001 | Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys | Remi Remos | ntv7 |
Pinang Durian | TV3 | ||
2002 | Neek GP dan Muthu Mania | Muthu | Astro Ria |
2003 | Neon | Pemuda Bangladesh | VCD |
2005 | Good Morning Cikgu | TV3 | |
2006 | Cinta Roti | Kadeem | TV2 |
2009 | Seratus Hari Jadi | Boss Kamal | Astro Ria |
2013 | Pasport Duniawi | TV AlHijrah | |
Menantu Cantik | Astro Prima | ||
2014 | Daging Darah | TV3 | |
2017 | Simpang Jalan | Polis | Astro Citra |
2019 | Lelaki Bukan Biasa | TV1 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1995 | IQ Genius | TV1 | |
2002 | Wizzy Wizard | TV Pendidikan | |
2008 | Actorlympics TV | ntv7 |
Tahun | Tajuk |
---|---|
2004 | Anak Kerbau Mati Emak |
2005 | Jalan Impian |
2013 | Asmara Songsang |
2016 | Dato' Seri |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2005 | Festival Filem Malaysia ke-18 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Dirinya sendiri | Menang |