Wilayah Qom
استان قم
Lokasi
Peta Iran dengan Qom diterangkan
Statistik
Ibu kota:
 • Koordinat:
Qom
 • 34.6456° N 50.8798° E
Kawasan : 11,526 km²
Populasi (2005):
 • Kepadatan :
1,064,456
 • 92.4/km²
Daerah
(Shahrestan):
1
Zon waktu: UTC+3:30
Bahasa utama: Bahasa Parsi
Bahasa Shahsevan
Bahasa Khalaj

34°39′N 50°53′E / 34.650°N 50.883°E / 34.650; 50.883 Qom (Parsi: قم, dikenali juga dengan nama Q'um atau Kom) adalah sebuah kota yang juga merupakan ibukota Provinsi Qom di Iran. Terletak sekitar 156 km barat daya Tehran. Memiliki penduduk sekitar 2,000,000 orang pada tahun 2005[1], berada di tepi Sungai Qom.

Qom menjadi sebuah kota suci bagi penganut agama Islam Syiah, dimana di kota ini terdapat Makam perkuburan Fatimah al-Ma'sum, saudari dari Imam Ali ar-Ridha. Kota ini merupakan pusat pendidikan Syiah yang terbesar di dunia. Qom adalah salah satu wilayah Iran Ia terletak di utara Iran dan ibu kotanya ialah Qom. Pada mulanya, ia sebahagian daripada Wilayah Tehran. Wilayah terdiri daripada satu bandar, empat daerah, sembila daerah luar bandar dan 256 kampung.

Kota Sejuta Ulama

Maqam Hazrat-e Masuma di Qom

Qom adalah sebuah kota di Iran yang mendapat julukan Kota Sejuta Ulama. Kota ini berjarak 156 km dari Teheran, ibukota Iran. Secara administratif, Qom adalah ibu kota provinsi Qom yang menurut statistik 2005, jumlah penduduknya meningkat sekitar 2,000,000 orang; 91.2% tinggal di kota dan 8.8% tinggal di daerah pedesaan. Qum terletak di kawasan sahara tengah Iran. Posisinya yang berada di tengah padang yang gersang dan jauh dari laut, iklim Qom sangat kering dan memiliki curahan hujan yang rendah. Sebahagian besar tanahnya tidak boleh dimanfaatkan untuk aktiviti pertanian.

Tanahnya tidak subur antara lain kerana posisinya yang berdekatan dengan tasik garam. Pada musim panas, suhu udara boleh menghampiri 40 darjah celsius. Meskipun begitu, pada musim sejuk, suhu udara juga boleh melonjak sehingga di bawah nol dan kadangkala kota ini akan dituruni salji, meskipun jarang sekali lebat, tidak sepertimana di Kota Tehran.

Bandar kembar

Seminari di Qom

Qom ketika ini merupakan pusat terbesar pembelajaran dan pendidikan Syiah di dunia. Seminari atau Hauzah di bawah ini adalah yang berlokasi di Qom.

Daftar ulama senior di Qom

Dibawah ini adalah daftar dari Ayatullah Utama dan Ayatullah paling senior yang berada atau berhubungan langsung dengan Qom

Sekarang

Rujukan

Sumber

  1. ^ [1]

Lihat pula

Pranala/Pautan luar

Laman web keagamaan

laman web bukan-keagamaan