Pulau Easter
Rapa Nui
Isla de Pascua
Jajahan Khas, Province Chile dan Communes Chile
Bendera Pulau Easter
Jata
Peta Pulau Easter menunjukkan Terevaka, Poike, Rano Kau, Motu Nui, Orongo, dan Lapangan terbang Mataveri; ahus utama ditanda dengan moai
Peta Pulau Easter menunjukkan Terevaka, Poike, Rano Kau, Motu Nui, Orongo, dan Lapangan terbang Mataveri; ahus utama ditanda dengan moai
NegaraChile
DaerahValparaíso
ProvinseIsla de Pascua
KomuneIsla de Pascua
PusatHanga Roa
Kerajaan
 • JenisPerbandaran
 • BadanMunicipal council
 • Gabenor Provinsi ("Provincial Governor")Carmen Cardinali Paoa
 • AlcaldePedro Edmunds Paoa (PRO)
Keluasan
 • Jumlah163.6 km2 (63.2 batu persegi)
Penduduk
 (Bancian 2012)
 • Jumlah5,761[2]
 • Bandar
5,563[2]
 • Luar bandar
198[2]
Zon waktuUTC-6 (EAST[3])
 • Musim panas (DST)UTC-5 (EASST[4])
Kod kawasan56
MatawangPeso (CLP)
BahasaSepanyol, Rapa Nui
Laman sesawangPerbandaran Isla de Pascua
National Geospatial-Intelligence Agency - NGA UFI=-905269
Lukisan pertama diketahui mengenai Pulau Easter pada tahun 1775 oleh William Hodges.

Pulau Easter (Templat:Lang-rap, Sepanyol: Isla de Pascua) adalah pulau Polynesia di tenggara Lautan Pasifik, di titik paling selatan Segi tiga Polynesian. Pualu Easter terkenal kerana 887 patung menakjubkan yang dipanggil moai, dicipta oleh penduduk Rapa Nui awal. Pada tahun 1995, UNESCO menamakan Pulau Easter sebagai Tapak Warisan Dunia, dengan sebahagian besar pulau dilindungi di bawah Taman Negara Kebangsaan Rapa Nui.

Orang Polynesian mendiami Pulau Easter pada kurun pertamaCE, dan mencipta budaya maju, sebagaimana dibuktikan oleh moai dan barangan lain. Bagaimanapun, aktiviti manusia, pengenalan tikus Polynesian dan lampau penduduk mendorong kepada kehilangan hutan dan kepupusan sumber asli, yang menyebabkan pupusnya budaya Rapa Nui. Menjelang ketibaan orang Eropah pada tahun 1722, penduduk pulau telah jatuh pada 2,000–3,000 dari puncak anggaran 15,000 hanya satu abad sebelumnya. Pada masa kini, pulau ini bertindak sebagai amaran pada bahaya budaya dan persekitaran dari lampau pakai. Penyakit yang dibawa oleh kelasi Eropah dan pedagang hamba 1860-an bertambah mengurangkan penduduk Rapa Nui, jatuh sehingga 111 pada tahun 1877.[5]

Pulau Easter merupakan salah satu pulau paling terpencil di dunia.[6] Tanah berhuni terdekat (50 penduduk) adalah Kepulauan Pitcairn pada 2,075 kilometer (1,289 bt), dan titik benua paling hampir terletak di tengah Chile, pada 3,512 kilometer (2,182 bt).

Pulau Easter merupakan jajahan istimewa bagi Chile yang mengambilnya pada tahun 1888. Secara pentadbiran, ia termasuk dalam Kawasan Valparaíso dan lebih khusus lagi satu-satunya Komune Chile bagi Provinse Chile Isla de Pascua.[7] Menurut bancian 2012 ia memiliki sekitar 5,800 penduduk, di mana 60% merupakan keturunan Rapa Nui yang asal.

Pulau Easter

Sejarah

Nota

  1. ^ a b "National Statistics Institute". Dicapai pada 1 May 2010.
  2. ^ a b c "Resultados Censo de Población y Vivienda 2012" (dalam bahasa Spanish). Instituto Nacional de Estadísticas. 2 April 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  3. ^ "Chile Time". WorldTimeZones.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-11. Dicapai pada 5 May 2007.
  4. ^ "Chile Summer Time". WorldTimeZones.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-11. Dicapai pada 5 May 2007.
  5. ^ B. Peiser (2005), "From Genocide to Ecocide: The Rape of Rapa Nui" (PDF), Energy & Environment, 16 (3&4), diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-06-10, dicapai pada 2013-11-17
  6. ^ Portal RapaNui, the island's official website, diarkibkan daripada "Welcome to Rapa Nui – Isla de Pascua – Easter Island" yang asal Check |url= value (bantuan) pada 2011-11-01, dicapai pada 2013-11-17
  7. ^ List of Chilean Provinces, Congreso Nacional, dicapai pada 20 February 2013

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Kepulauan di Polynesia
Kepulauan Austral • Kepulauan Cook • Kepulau Gambier • Kepulauan Hawaii • Kepulauan Kermadec • Kepulauan Setia • Kepulauan Pitcairn • Kepulauan Samoa • Kepulauan Masyarakat • Kepulauan Tonga • Kepulauan Wallis dan Futuna • Marquesas • Pulau Easter • Pulau-pulau New Zealand • Tokelau • Tuamotus • Tuvalu