Planet of the Apes | |
---|---|
Pencipta | Pierre Boulle |
Hasil kerja asal | La Planète des singes (novel 1963) |
Dimiliki oleh | 20th Century Studios (filem dan karya terbitan) |
Penerbitan cetakan | |
Buku | Senarai buku |
Novel |
|
Komik | Senarai komik |
Filem dan televisyen | |
Filem | Siri asal
Buatan semula
Siri but semula
|
Siri televisyen |
|
Siri animasi |
|
Permainan | |
Permainan video |
|
Planet of the Apes adalah francais media fiksyen sains Amerika yang terdiri daripada filem, buku, siri televisyen, komik, dan media lain mengenai dunia di mana manusia dan kera pintar bertempur untuk menakluk. Francais ini berdasarkan novel 1963 pengarang Perancis Pierre Boulle La Planète des singes, diterjemah kepada bahasa Inggeris sebagai Planet of the Apes atau Monkey Planet; atau secara harfiah Bahasa Melayu "Planet Mawas". Adaptasi filemnya pada tahun 1968, Planet of the Apes sanagat diterima ramai, memulai serangkaian sekuel, kaitan, dan karya terbitan. Arthur P. Jacobs menghasilkan lima filem "Apes" pertama melalui APJAC Productions untuk pengedar 20th Century Fox; sejak kematiannya pada tahun 1973, Fox telah mengendalikan francais itu.
Novel Pierre Boulle bertajuk La Planète des singes diterjemahkan dan dicetak semula beberapa kali selepas penerbitan asalnya pada tahun 1963.[1] Semua sekuel asalnya dihasilkan dengan novelisasi oleh penulis fiksyen sains masa kini, yang masing-masing melalui beberapa cetakan semula mereka sendiri. Michael Avallone menulis novelisasi untuk Beneath the Planet of the Apes pada 1970. Jerry Pournelle, yang kemudiannya menjadi pengarang bersama dalam Lucifer's Hammer dan The Mote in God's Eye, telah menulis novelisasi Escape from the Planet of the Apes. John Jakes, bekas presiden Science Fiction Writers of America, telah menulis Conquest of the Planet of the Apes. David Gerrold, penulis skrip episod "The Trouble with Tribbles" dari siri Star Trek , telah menovelisasikan Battle for the Planet of the Apes. Novelisasi aksi langsung dan siri televisyen animasi juga dihasilkan.[2] William T. Quick menovelkan Planet of the Apes versi tahun 2001; dia juga menulis dua prekuel novel, dan beberapa kaitan buku lain diterbitkan.[3]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Planet of the Apes. |
|date=
(bantuan)Templat:Planet of the Apes Templat:Disney franchises