Piala AFC 2012 akan menjadi edisi ke-9 bagi Piala AFC, dimainkan di antara kelab-kelab dari negara-negara yang menjadi ahli kepada Konfederasi Bola Sepak Asia.
Al-Kuwait dari Kuwait telah menjuarai Piala AFC edisi kali ini buat kali kedua setelah menewaskan Arbil dari Iraq.[3]
Peruntukan kemasukan bagi persatuan
Pengagihan slot berikut untuk AFC Cup 2012 telah diluluskan oleh AFC pada bulan November 2011: [4][5]
Asia Barat
Pos
Ahli Gabungan
Mata
Tempat
Peringkat Kumpulan
Play-off
—
Pasukan tewas play-off kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2012[A]
A Berbeza daripada musim-musim yang lalu di mana pasukan yang tewas di dalam pusingan separuh akhir play-off kelayakan Liga Juara-Juara AFC, dari 2012 hanya pasukan akhir play-off Liga Juara-Juara akan memasuki Piala AFC.[4]
BKuwait mempunyai tiga pasukan yang masuk dimana Al-Kuwait, naib juara Piala AFC 2011 gagal memenuhi kriteria yag ditetapkan oleh AFC untuk bertanding di dalam Liga Juara-Juara AFC 2012, oleh itu secara terus menyertai Piala AFC 2012.[4]
CBahrain, walaupun layak memasuki Piala AFC, memilih untuk tidak meyertai pertandingan AFC 2012.[4]
DIndonesia hanya mempunyai satu pasukan kerana juara liga mereka akan memasuki kelayakan play-off Liga Juara-Juara AFC 2012.[4]
EMalaysia akan kembali ke pertandingan itu, selepas tidak melibatkan diri pada tahun 2011.[6]
FMyanmar telah memohon kenaikan taraf daripada Piala Presiden AFC ke Piala AFC,[7] dan ianya telah dipersetujui oleh AFC pada bulan November 2011,[4] dan akan memberikan penampilan mereka di dalam pertandingan tersebut.[5]
Empat ahli gabungan (Yaman, Malaysia, Maldives, Myanmar) dengan mata terendah merujuk kepada sistem penilaian AFC mempunyai satu pasukan memasuki peringkat kumpulan dan satu pasukan memasuki play-off.[4]
Pasukan-pasukan layak
Sebanyak 33 pasukan akan mengambil bahagian dalam Piala AFC 2012.[4]
31 pasukan (19 di Zon Asia Barat, 12 di Zon Asia Timur) secara langsung akan memasuki peringkat kumpulan.
2 pasukan (kedua-dua di Zon Asia Barat) akan bertanding dalam kelayakan play-off. Pemenang akan layak ke peringkat kumpulan.
Senarai kemasukan sementara berdasarkan format terkini, akan dipastikan oleh AFC.
Notakaki: Pasukan-pasukan boleh ditukar daripada satu zon kepada yang lain untuk keseimbangan.
Asia Barat (Kumpulan A–E)
Pasukan
Kaedah kelayakan
Penampilan
Penampilan Terakhir
Neftchi Farg'ona
Pasukan tewas pusingan akhir play-off kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2012
Ke-2
2009
Al-Ettifaq
Pasukan tewas pusingan akhir play-off kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2012
Pertama
Tiada
Salgaocar
Juara I-League 2010-11 Pemenang Piala Persekutuan India 2011
Undian bagi peringkat kumpulan telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 6 Disember 2011.[13] Kelab dari negara yang sama tidak akan diundi di dalam kumpulan sama. Pemenang dan naib johan dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.[11]
Arema, Navibank Saigon dan Ayeyawady United diletakkan berdasarkan rekod pertembungan antara mereka: Arema (7 mata), Navibank Saigon (6 mata), Ayeyawady United (4 mata).
Berdasarkan keputusan undian peringkat kumpulan, jadual perlawanan untuk Pusingan 16 Pasukan diputuskan seperti berikut. Setiap pasukan akan bermain dalam satu perlawanan, dihoskan oleh juara setiap kumpulan (Pasukan 1) dengan naib juara kumpulan yang lain (Pasukan 2).[11]
Undian untuk suku akhir, separuh akhir dan akhir telah diadakan pada 14 Jun 2012 selepas tamat pusingan 16[14]. Perlawanan pertama dan kedua masing-masing akan diadakan pada 18 dan 25 September 2012.