Undang-undang jenayah |
---|
Unsur-unsur |
|
Skop liabiliti jenayah |
|
Keterukan kesalahan |
|
Kesalahan inkoat |
|
Kesalahan terhadap orang |
|
Kesalahan seksual |
|
Jenayah terhadap harta benda |
|
Jenayah terhadap keadilan |
|
Jenayah terhadap khalayak |
|
Jenayah terhadap haiwan |
|
Jenayah terhadap negara |
|
Pembelaan kepada liabiliti |
|
Hal undang-undang lazim (common law) lain |
Portal |
Pengharuan (Jawi: ڤڠهاروان ), juga haruan atau gangguan, adalah tingkah laku yang mengganggu orang lain. Ia biasanya difahami sebagai perbuatan merendahkan, memalukan dan menakut-nakutkan seseorang, yang dalam mata masyarakat dan moral dianggap tidak patut berlaku. Dari segi undang-undang, ia kelakuan yang kelihatan mengacau, mengganggu fikiran atau mengancam. Dahulu, ia timbul kerana diskriminasi, dan kelakuan begini merampas hak seseorang atau menyukarkan mereka untuk menikmati hak mereka.[perlu rujukan] Apabila kelakuan begini berulang, ia dipanggil buli. Aspek keberulangan dan penyebab rasa cemas, takut atau terancam boleh membezakannya daripada penghinaan.
Pengharuan elektronik ialah kepercayaan yang tidak terbukti yang mana gelombang elektromagnet digunakan untuk mengharukan mangsa. Pakar psikologi telah menemui bukti-bukti halusinasi pendengaran, kecelaruan delusi[1] atau gangguan mental lain dalam komuniti dalam talian yang menyokong mangsa-mangsa yang mendakwa menjadi sasaran.[2][3]
Pengharuan ialah berulang kali mengatakan perkara-perkara yang keji dan menyakitkan hati kepada seseorang kerana bangsa, agama, jantina, kewarganegaraan, kecacatan atau orientasi seksual mereka. Ini sering berlaku dalam bilik sembang siber, grup dalam talian, dan e-mel benci. Ia juga boleh melibatkan mengambil gambar seseorang dan mengubahsuainya dengan cara yang menyakitkan hati sebelum ia dikongsikan di media sosial untuk menyebabkan tekanan emosi terhadap mereka (lihat buli siber, hendap siber, jenayah benci, pemangsa dalam talian, Keganasan Berasaskan Jantina Dalam Talian, dan penghendapan).
Pengharuan psikologi ialah tingkah laku yang memalukan, menakutkan atau kesat yang selalunya sukar dikesan, tidak meninggalkan bukti selain laporan atau aduan mangsa. Ia merendahkan harga diri seseorang atau menyebabkan seseorang itu amat terseksa.[4] Ini boleh bermakna komen-komen lisan, sengaja menakutkan orang, tindakan agresif berulang kali melakukan pergerakan tertentu. Ini termasuk apabila orang di tempat kerja mengganggu seseorang dengan sengaja, sama ada bersendirian atau secara berkumpulan.
Gangguan psikologi berkomuniti ialah apabila sekumpulan[5] orang menghendap seseorang dan asyik mengganggu individu dengan perkara yang orang itu sensitif pada. Beberapa media yang melaporkan sebuah kumpulan yang bekerjasama untuk menghendap individu, seperti dalam sebuah temu bual akhbar yang diberikan oleh seorang leftenan polis, telah menggelarkan pengharuan berkomuniti ini penghendapan berkumpulan.[6][7]
Menyasarkan individu kerana bangsa atau kaum mereka. Gangguan itu merangkumi kata-kata, perbuatan dan tindakan yang dilakukan khusus untuk membuat mangsa berasa hina kerana bangsa atau kaum sendiri.
Pengharuan lisan, psikologi atau fizikal terhadap mangsa kerana mereka menganut agama tertentu. Gangguan keagamaan juga boleh termasuk penukaran agama secara paksa dan tidak sukarela.[8]
Gangguan seksual ialah kelakuan yang menyinggung perasaan atau memalukan kerana jantina seseorang. Ia boleh jadi tidak ketara atau terang-terangan (gangguan seksual,[9][10] cth. mengurat, membuat komen seksual, dsb.) yang menimbulkan salah atau silap faham, syarat-syarat seksual yang tersirat untuk dapat bekerja (paksaan seksual, dan lain-lain). Ini boleh berlaku melalui kata-kata, mimik muka, simbol, tindakan atau kelakuan seksual dan membuatkan mangsa berasa tidak selesa. Ini juga termasuk memandang atau membuat komen tidak senonoh, merenung tubuh seseorang atau menunjukkan foto-foto yang lucah.[11] Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja, tetapi ia paling kerap berlaku di tempat kerja, sekolah dan dalam tentera. Pada masa lalu, terdapat norma tatasusila tetapi semakin budaya berubah, timbul keperluan untuk dasar-dasar baharu dibuat bagi mengelakkan kesilapan yang disengajakan jantina yang berlainan mahupun sama. Wanita lebih berkemungkinan menjadi mangsa berbanding lelaki.[12][13] Walaupun terdapat fokus untuk melindungi wanita daripada masalah ini, kini orang ramai lebih sedar tentang perlunya golongan LGBTQ (demi hak untuk mengekspresikan jantina) dan transgender turut dilindungi.
Pengharuan di tempat kerja ialah kelakuan yang menyinggung, merendahkan atau mengancam terhadap seorang atau sekumpulan pekerja.[14] Gangguan di tempat kerja boleh berbentuk lisan, fizikal, seksual, perkauman atau buli.[15]
Zaman kebelakangan ini, pengharuan di tempat kerja telah menjadi kebimbangan besar bagi orang yang mengkaji dan menyelidik cara yang berkesan untuk mengurus tempat kerja. Di sesetengah negara Asia Timur, penyelidik dan kerajaan telah memberi perhatian kepada isu ini sejak tahun 1980-an kerana ia menyebabkan banyak tekanan kepada pekerja.[16] Di bawah undang-undang kesihatan dan keselamatan pekerjaan di seluruh dunia,[17] gangguan dan buli di tempat kerja diiktiraf sebagai risiko kesihatan mental yang serius.[18]